Resepi Sup Jagung & Isi Ketam Ala Chinese Stail Ni Pasti Tambah Selera Makan Anak
Adakalanya bila dah jadi mak memang buntu nak sediakan menu ringkas yang boleh buat anak berselera nak makan. Mak-mak memang bertuah jika anak jenis yang suka makan dan tak kisah dengan apa juga yang kita masak. Ini kerana ada anak-anak yang jenis memilih dan cukup payah untuk diajak makan meski telah mencuba pelbagai menu untuk memikat selera mereka.
Mak-mak tak perlu susah hati lagi jika anak tak nak makan.Boleh cuba resipi sup jagung & isi ketam Ala Chinese Stail ni, pasti buat anak makan bertambah-tambah. Cuti hujung minggu ini, apa kata cuba pancing selera anak-anak dengan resipi ini.
Resipi istimewa ini bukan sahaja enak, malah sihat untuk hidangan seisi keluarga. Anak gerenti suka! Cara nak buat pun senang je.
Bahan-Bahan:
- 1 biji Bawang Holland(potong dadu)
- 1 bungkus Jejari/isi ketam1 tin
- Cendawan butang
- 1 tin Jagung 300 gram
- Isi ayam ( rebus dahulu kemudian carik halus isinya)
- 1 liter Air rebusan ayam
- 1 mangkuk air
- 2 biji telur
- 1 ketul kiub pati ayam (pilihan)
- Sedikit tepung jagung dan gaul dengan sedikit air
Cara Membuat:
- Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk dan tambahkan dengan 1 mangkuk air, biarkan sehingga mendidih.
- Selepas itu masukkan bawang yang telah didadu dan biarkan seketika.
- Masukkan ayam yang telah dicarik,kiub pati ayam dan cendawan butang, gaul sebati.
- Tambahkan telur sedikit demi sedikit kedalam sup sambil tangan terus mengacau sup. Pastikan telur hancur dan tidak berketul-ketul untuk elak tekstur sup jadi tidak cantik.
- Perasakan dengan garam, kemudian masukkan isi/jejari ketam dan jagung.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata untuk menambah kepekatan sup.
Siap! Selamat Mencuba!
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: