Kerja Kontrak

Kerja Kontrak Susah Betul Nak Beli Rumah, Betul Ke?, Ikuti Tip Yang Dikongsi Oleh Lelaki Ini

Rumah merupakan suatu keperluan yang perlu ada bagi memberi perlindungan serta tempat untuk berehat selepas seharian berkerja demi mencari sesuap nasi. Setiap orang pastinya mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri yang selesa dan boleh didiami seisi keluarga.

Namun, tidak semua orang mampu untuk membeli rumah sendiri berikutan dengan gaji yang kecil, pinjaman tidak diluluskan, memiliki komitmen yang banyak dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk hanya menyewa sahaja daripada membeli rumah.

Ada juga yang kata kalau kerja kontrak susah nak beli rumah, betul ke? Kalau anda nak tahu jawapannya, ikuti perkongsian yang dibuat oleh Gila Hartanah di bawah.

“KERJA KONTRAK NI SUSAH BETUL NAK BELI RUMAH..” Betul ke? Untuk pekerja kontrak, [THREAD] ini khas untuk anda. #KISAHINSPIRASI

Ramai yang tak putus-putus mengeluh, mengadu nasib tentang paras ekonomi semasa. Dan masalah ini tak pernah mengenal siapa. Semua orang ada potensi boleh ‘terkena,’ termasuk mereka yang bekerja dalam industri yang bernilai berbilion Ringgit.

Mungkin ramai yang tengah susah hati nak beli rumah sekarang. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja kontrak. Mungkin perkongsian silent reader Tuan Azizul Azli Ahmad ini akan terus buat korang bersemangat untuk teruskan usaha membeli rumah. In Shaa Allah.

BMW, Audi, dan superbike memang mainan orang kerja oil & gas? Saya tak pernah dapat kerja tetap selepas graduasi. Bekerja secara kontrak je sebab kerja ikut projek (industri oil & gas).

Alhamdulillah, dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isteri pula bekerja tetap dalam bidang construction (pembinaan). Setiap kali tukar projek baru (tukar syarikat sekali), pendapatan saya akan bertambah.

BMW, Audi, Vellfire, dan superbike ni biasa bagi orang yang bekerja dalam industri oil & gas. Walaupun ada yang perli, saya masih kekal pakai kereta second hand keluaran tahun 2002. Sekarang dah habis bayar. Sebelum ni, ansuran bulanan kereta cuma 4% sahaja dari gaji.

Tak ada kerja, tapi komitmen bertimbun? Gila! Alhamdulillah, simpanan dan hartanah semakin bertambah. Kami dah ada 8 hartanah (nilai gabungan RM2 juta). Simpanan semasa keluarga dah berjaya mencecah 6 angka.

Tahun 2014, industri oil & gas mula jatuh dan sekarang semakin teruk. Ramai kawan2 yg berkereta mahal dan rumah mahal (nilai gabungan cecah RM1 juta ++) mula risau. Ada yang dah diberhentikan dgn komitmen yg tinggi. (8k hingga 10k bayaran bulanan utk 1 rumah dan 1 kereta).

Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan walaupun tak bekerja (sekarang masih lagi bekerja). Semua hartanah saya sewakan dan saya memilih untuk menyewa rumah yang lebih murah. Siapa kata kerja secara kontrak tak boleh hidup senang? Hadam tip ini sekarang!

  1. Orang muda tak usah terlalu memilih kerja. Kerja pertama adalah pembuka rezeki. Jangan terlalu fokus nak dapat kerja tetap saja.
  2. Kerja secara kontrak bukan satu dosa. Saya dah 10 tahun bekerja secara kontrak. Tak pernah dapat kerja berstatus pekerja tetap.
  3. Set objektif kewangan dalam bentuk time frame (3, 5, 10, dan 15 tahun)
  4. Kekalkan gaya hidup, walaupun setiap tahun dapat kenaikan gaji (increment).
  5. Hidup secara sederhana (tapi bukan kedekut). Tak salah mendongak ke langit. Tapi selalu ingat tunduk ke bumi.
  6. Kalau tak boleh downgrade gaya hidup, buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan.
  7. Paksa diri untuk menyimpan. Dan kalau ada bonus, 70% hingga 80% daripada bonus masukkan ke dalam simpanan tetap.
  8. Kekalkan pakai 1 kereta utk tempoh 10 tahun pertama. Cari kereta komitmen bawah 10% dpd gaji.
  9. Tambah aset hartanah. Target mesti ikut kemampuan dan kapasiti kewangan semasa masing2.
  10. Tak usah pedulikan apa orang nak kata. Kekal setia dengan objektif kewangan kita. Kawal mana yang boleh, dan elakkan banyak mengeluh.
  11. Kejatuhan ekonomi dijangka pada tahun 2024 – 2026. Jadi, mula menyimpan sekarang.
  12. Tabung fizikal mesti ada kat rumah. Tabung suami isteri dan tabung anak-anak. Konsep tabung warna tu sangat bagus.
  13. Bergaul dengan orang yang positif.
  14. Tambah ilmu kewangan, dan gunakan alat kewangan yg ada spt ASBF, TH, UT, dan lain2
  15. Sentiasa bantu keluarga dan ibubapa.
  16. Tak usah berkira bila nak bersedekah. Sedekah tu sebenarnya menjemput rezeki dtg lebih banyak.
  17. Mulakan Takaful dan wasiat seawal yg boleh.
  18. Zakat jgn lupa. Ni wajib walaupun gaji permulaan hanya RM1,000.
  19. Pergi kerja naik motor kalau boleh.
  20. Suami & isteri kena bersama dlm pengurusan kewangan dan pelaburan keluarga. Mesti sepakat dan bekerjasama.

22) Elakkan skim-skim yang mengarut dan pulangan yang tak masuk akal. Tip ini semua berdasarkan pengalaman saya sendiri selama 10 tahun dalam alam pekerjaan. Semoga ia dapat membantu korang semua.

Sumber: Gila Hartanah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: