Cara Mudah Buat Susu Badam Ajaib Untuk Anak Sebelum Ke Sekolah, Barulah Bertenaga & Tak Mengantuk
Selalu makan almond london tapi tak tahu apa kebaikannya kan? Kacang badam atau juga dikenali sebagai almond mempunyai 20 kali ganda protein dari bijirin yang lain. Bukan itu sahaja, khasiat badam yang mempunyai kandungan Vitamin B yang lengkap ini juga sangat sesuai untuk dijadikan makanan harian anak-anak kerana membekalkan tenaga kepada mereka.
Selain dari dimakan secara mentah, kacang badam ini juga boleh dijadikan sebagai minuman susu. Jom kita tengok cara-cara untuk buat susu badam ajaib ini untuk kesihatan anak-anak! Taklah selalu tidur saja di sekolah.
SUSU AJAIB UNTUK ANAK
Bahan senang nak cari
- 1 cawan badam mentah
- 4 cawan air masak
- 1 sudu esen vanila
- Sedikit garam
- Kurma *tambahan
CARA-CARANYA
1. Basuh badam dengan bersih dan rendam semalaman.
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: