Tahan Pintu

Tak Salah Pun Tahan Pintu Kalau Ada Orang Kat Belakang

Pertuturan dan tingkah laku mencerminkan keperibadian seseorang. Mungkin ada di antara kita masih mengamalkan nilai-nilai murni ketika berinteraksi dengan orang di sekeliling.

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini berkongsi tips mengenai “Etika Menahan Pintu” yang dikatakan adab paling mudah untuk diterima oleh rakyat Malaysia. Menurut Arief Mirkhael Nazli, tidak salah sekiranya kita menolak pintu kemudian menahan pintu tersebut, kalau terdapat seseorang di belakang kita.

Etika paling mudah untuk diterima

Tambah beliau, ketika melanjutkan pengajian selama lima tahun di Perancis, etika ini dianggap sebagai salah satu norma dan telah menjadi amalan kebiasaan dalam kalangan masyarakat di negara itu.

Tak salah pun kalau dua-dua senyum

Sebagai masyarakat yang penuh adab dan kesopanan, tidak salah sekiranya kita mengamalkan sikap dan nilai moral tersebut dalam kehidupan seharian. Sikap mementingkan diri sendiri seharusnya dielakkan dan dibuang daripada diri masing-masing.

Sumber : Arief Mirkhael Nazli

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: