Takwim Persekolahan Sesi 2024 2025

Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 Bermula Mac, Ini Jadual Penuh Untuk Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan tentang takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah bagi sesi 2024/2025 untuk rujukan para ibu bapa dan guru. Menurut takwim sekolah ini, sesi persekolahan 2024/2025 akan bermula pada Mac 2024 manakala sesi 2025 pada Februari 2025, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

TAKWIM SEKOLAH SESI 2024/2025 UNTUK RUJUKAN IBU BAPA

Sesi persekolahan yang dijangka bermula Mac 2024 ini dibahagikan mengikut kepada dua kumpulan negeri iaitu Negeri A dan Negeri B seperti berikut:

Negeri Kumpulan A

-Terengganu
–Kelantan
-Johor
-Kedah

Negeri Kumpulan B

-Negeri Sembilan
-Melaka
-Perlis
-Pahang
-Perak
-Pulau Pinang
-Sabah
-Sarawak
-Selangor
-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
-Wilayah Persekutuan Putrajaya
-Wilayah Persekutuan Labuan

Sesi persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 akan bermula pada tarikh berikut:

Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 10hb Mac 2024

Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 11hb Mac 2024

TAKWIM AKADEMIK SESI 2023 / 2024 SEKOLAH KPM (KUMPULAN A)

Berikut adalah lampiran Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2024 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B :

TAKWIM AKADEMIK SESI 2023 / 2024 SEKOLAH KPM (KUMPULAN B)

*Agak berbeza dengan kalendar akademik yang sebelum ini bermula pada Januari bukan? Selamat kembali ke alam persekolahan yang baharu semua!

Sumber: Kementerian Pendidikan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: