Penyerang Utama Jdt Musim 2017

Tanpa Lucero, siapa akan menjadi penyerang utama JDT musim 2017?

Dengan jumlah keseluruhan 27 gol dalam satu musim, bolehlah kami katakan bahawa Lucero adalah penyerang utama untuk JDT. Tanpa kelibat Lucero, Safee Sali, Azinee Taib dan Amri Yahyah, siapa akan menjadi penyerang utama JDT musim 2017?

Siapa Pengganti Terbaik

Selepas Juan Martin Lucero siapa agaknya pilihan Mario Gomez untuk menggantikan tempat beliau didalam pasukan JDT? Sehingga artikel ini ditulis, pasukan JDT mempunyai 4 penyerang tempatan yang mampu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Lucero.

Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok, Syahrul Azwari dan Safawi Rashid antara calon penyerang tempatan yang ada didalam JDT ketika ini. Keempat-empat pemain ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dalam bersaing merebut tempat kesebelasan utama dan baru bersama JDT bermula musim 2017.

[AdSense-B]

Ahmad Hazwan Bakri

Boleh dikatakan pemain ini ialah penyerang terbaik tempatan ketika ini selepas era Norshahrul Idlan Talaha (Matyo) dan Safee Sali. Hazwan telah banyak menunjukkan sebab mengapa beliau layak digelar penyerang terbaik ketika ini.

Kemampuan untuk menjaringkan gol telah dibuktikan dengan rekod jaringan gol yang menarik sepanjang bersama pasukan lain. Beliau juga mampu untuk melakukan rembatan jarak jauh yang baik dan melakukan gelecekan ketika berdepan pihak pertahanan lawan.

Tetapi dari segi disiplin untuk turun bertahan ketika pasukan diserang agak merunsingkan. Hazwan agak kurang untuk turun ke bawah bertahan dan cuba merampas bola. Beliau lebih selesa berada di kawasan pihak lawan dengan mengharapkan counter-attack untuk menjaringkan gol.

Darren Lok

Darren Lok merupakan pemain naturalisasi yang telah dibawa oleh JDT dari pasukan Eastbourne Borough F.C. Pemain yang dilahirkan di England ini merupakan penyerang untuk JDT II pada musim lepas. Tetapi hanya mampu bermain dalam 2 perlawanan sahaja berikutan masalah passport dan kerakyatan beliau.

jentera serangan JDT

Ketika bermain di kelab lama, beliau hanya mampu menjaringkan 25 gol sepanjang 137 perlawanan. Berdasarkan rekod ini, kemampuan beliau untuk menjaringkan gol agak sederhana. Tetapi berdasarkan prestasi ketika bersama pasukan Malaysia di Piala AFF Suzuki yang lepas, kerajinan beliau untuk melakukan pressing ketika bola berada di pihak lawan sangat mengagumkan.

Stamina dan kerajinan beliau ketika berada di atas padang menutup kelemahan beliau untuk menjaringkan gol. Mungkin dengan kemampuan beliau ini, Mario Gomez ada pilihan yang baik untuk barisan hadapan pasukan JDT pada musim akan datang.

[AdSense-B]

Syahrul Azwari

Pemain yang berasal dari Kelantan ini telah memilih untuk mewakili Sarawak pada musim lepas selepas dilepaskan oleh pasukan Harimau Muda. Beliau hanya mampu menjaringkan 1 gol dalam 12 perlawanan bersama Sarawak. Malang bagi beliau kerana banyak mengalami kecederaan ketika bersama Sarawak.

jentera serangan JDT

Bersama Harimau Muda beliau pernah memenangi pingat Emas Sukan Sea 2011 di bawah bimbingan Dato Ong Kim Swee. Beliau banyak dimainkan di bahagian sayap kiri dan kanan selain sesekali di letakkan sebagai penyerang tunggal ketika itu.

Kehebatan Syahrul Azwari ialah pada larian-larian deras nya dan kemampuan untuk melakukan gelecekan ketika berdepan pihak lawan dalam situasi 1 lawan 1.Untuk menjaringkan gol mungkin agak sukar kerana finishing beliau agak lemah jika berdasarkan rekod bersama pasukan lama nya.

Safawi Rashid

Pemain muda ini antara pemain yang terawal telah dibawa masuk oleh JDT untuk musim 2017 ini. Berasal dari Terengganu, pemain ini pada asalnya adalah penyerang tulen sebelum diubah menjadi pemain sayap menyerang ketika bersama T-Team.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang pemain ini kerana beliau masih muda dan belum membuat penampilan yang banyak. Ketika bersama T-Team beliau telah menjaringkan 3 gol dari 34 penampilan. Bersama pasukan Malaysia B-23 beliau telah menjaringkan 1 gol dalam 4 penampilan bersama.

Tidak salah jika kami katakan Safawi Rashid merupakan antara wonderkid di Malaysia ketika ini. Jika beliau terus kuat berlatih dan diberikan peluang untuk bermain yang cukup ketika bersama JDT, beliau mampu menjadi antara pemain terbaik untuk pasukan suatu hari nanti dan penyerang utama JDT musim 2017.

[AdSense-B]

Brian Ferreira

Brian Ferreira merupakan pemain tengah menyerang yang baru dibeli dari kelab Independiente. Salah satu kemungkinan yang boleh berlaku adalah coach Gomez menjadikan Brian Ferreira sebagai penyerang JDT yang baru.

Perkara yang sama dilakukan oleh coach Gomez ke atas Lucero. Tetapi, langkah ini pastinya akan mengambil masa yang agak lama untuk Brian selesa dan paham dengan posisi barunya. Cuma bezanya dengan Lucero, Brian tiba ke Johor lebih awal dan dapat menyertai beberapa sesi latihan dan juga perlawanan pra-musim di Thailand.

Pra-musim JDT di Thailand

JDT akan mengadakan tiga perlawanan pra-musim di Thailand dengan menentang Chonburi FC, Air Force Central FC dan Buriram United. Dalam perlawanan ini, kami berharap coach Gomez mencuba semua formasi serangan yang ada.

Kami harap, kesemua pemain yang kami sebut di atas, dapat menunjukkan instinct sebagai seorang penyerang yang prolifik. Ini bagus untuk pasukan cuma akan memeningkan kepala coach Gomez untuk membuat pilihan barisan hadapan JDT yang akan digunakan untuk musim 2017. Siapakah penyerang utama JDT musim 2017?

Pilihan Kami penyerang utama JDT musim 2017

Berdasarkan dari prestasi semasa dan rekod lampau, kami memilih Ahmad Hazwan Bakri berbanding 3 lagi penyerang lain termasuk juga Brian Fereira. Hazwan mampu untuk melakukan gelecekan dalam memecahkan tembok pertahanan pihak lawan. Kami juga ingin melihat penyerang tempatan mengetuai barisan hadapan sesebuah pasukan.

[AdSense-B]

Selain itu, beliau juga mampu melakukan rembatan dari jarak jauh dengan baik. Kemampuan untuk menjaringkan gol juga telah dibuktikan melalui persembahan beliau ketika bersama pasukan lama nya. Adakah anda setuju Hazwan Bakri menjadi penyerang utama JDT musim 2017?

Darren Lok dan Syahrul Azwari pula mungkin boleh diberikan peluang jika Mario Gomez perlukan alternatif lain selain Hazwan Bakri. Kami merasakan yang Safawi Rashid akan banyak bertindak di bahagian sayap kiri pasukan JDT untuk Liga Malaysia musim hadapan.

Apa komen anda dan siapa pilihan anda untuk menggantikan tempat Juan Martin Lucero?

Baca juga: Terima kasih Juan Martin Lucero, El Gato JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: