Teknik & Cara Goreng Ikan Yang Betul

Teknik & Cara Goreng Ikan Yang Betul Supaya Rangup & Juicy

Menggoreng ikan memang satu perkara yang amat mudah dan semua orang boleh buat tanpa perlu tengok resepi. Tapi cara goreng ikan yang betul supaya tidak melekat atau kering mungkin tak ramai yang tahu caranya.

Jadi, cara goreng ikan yang betul dengan teknik rahsia ini akan membantu anda menjadikan ikan goreng anda cantik dan juicy serta rangup tanpa hasilnya melekat pada kuali sehingga menjadi kerak yang sukar nak dibuang.

Dengan teknik yang betul ini juga akan menyebabkan ikan goreng anda lebih sedap dimakan dimana ia akan rangup pada luaran dan lembap di dalam atau pada isi ikan tersebut.

Mcamana caranya nak buat? Perkongsian dari seorang Ahli Kimia yang dikenali sebagai Puan Fatimah Salim ini akan menjawab persoalan itu. Dari perspektif sains juga perlu kita fahami agar hasil menggoreng ikan kita itu sedap dan juicy.

Cara Goreng Ikan Yang Betul dan Kawalan Suhu

Kita yang tentukan sama ada ikan melekat pada kuali atau tidak.
Memang tak dinafikan rasa gorengan ikan pasti dipengaruhi dengan jenis ikan itu sendiri samada ia segar beserta dengan bahan yang diperap bersama ikan. Tapi, tahukah anda hasil gorengan ikan itu berkait dengan kawalan suhu ketika anda menggorengnya?

Setiap kali goreng ikan pasti kita mahukan hasil gorengan yang sedap, rangup dan tidak melekat pada kuali yang akan memudahkan kerja kita nanti. Tapi seringkali ikan yang digoreng akan melekat pada kuali.

Kenapa Ikan Goreng Melekat Pada Kuali?

Ini masalah yang akan timbul apabila ikan goreng melekat pada kuali.
Apabila ikan digoreng melekat pada kuali adalah disebabkan kerana permukaan ikan yang basah serta telah bersentuhan dengan permukaan kuali. Manakala, ketika menggoreng pula, api yang akan panaskan kuali dan juga minyak masak.

Apabila ikan bersentuh dengan permukaan kuali, ia akan sebabkan ikan jadi terus mengering dalam kuali sehingga menyebabkan ikan melekat. Perkara ini akan sebabkan proses untuk membalikkan jadi sukar dan isi ikan pula akan melekat.

Apakah Cara Goreng Ikan Supaya Tak Melekat?

Cara elak ikan melekat pada kuali ketika menggoreng adalah dengan memanaskan kuali dengan secukupnya iaitu sehingga kuali kelihatan berasap sedikit dan seterusnya masukkan ikan.

Oleh kerana tidak larut bersama, berlakunya perlanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul air yang terdapat pada ikan, ia akan menghasilkan bunyian ketika menggoreng yang agak kuat.

Manakala, minyak yang panas secukupnya itu akan sebabkan air yang terdapat pada permukaan ikan akan meruap dengan pantas serta menjadikan ia kering dan rangup serta ia tidak akan melekat selepas bersentuhan antara satu sama lain.

Cara Dapatkan Ikan Goreng Juicy Rangup di Luar dan Lembap di Dalam

Sebenarnya, permukaan ikan yang telah rangup itu tadi akan menjadi selaput yang menghalang air yang terdapat dalam ikan dari terus meruap seterusnya dapat kekalkan kelembapan dalam isi ikan.

Hati pun senang bila gorengan cantik dan sedap.
Ikan seharusnya dimasak dalam masa sekejap sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi akan adalah longgar sekiranya nak dibandingkan dengan daging lembu dan ayam. jadi, ia tak perlukan masa yang lama untuk digoreng.

Menggoreng ikan dalam masa yang lama akan menyebabkan kelembapan dalam isi ikan terus meruap dan membuatkan isinya menjadi keras. Cara ini sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan ikan garing dan rangup.

Walau bagaimanapun, jika anda menggoreng menggunakan jenis kuali yang kalis lekat pasti tak akan mengalami masalah ini ketika memasak kerana ia dibantu oleh teknologi selaput pelinciran yang mengelakkan ikan melekat ketika digoreng.

Jadi, cara goreng ikan yang betul supaya tidak melekat pada kuali sangat mudah dibuat dan tidak perlu pening kepala memikirkannya. Hanya ikuti perkongsian Puan Fatimah Salim ini, masalah anda akan selesai.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: