Tengah Menanti Cahaya Mata Sulung? Nah, Checklist Penting Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang
Buat parents yang tengah menanti kehadiran cahaya mata sulung tu pasti tak sabar dan berdebar-debar nak tunggu si comel lahir ke dunia kan? Yelah, anak ni kan penyeri rumah tangga. Terasa sempurna bila dihiasi dengan gelak tawa dan keletah mereka.
Pastinya segala kelengkapan si manja dah disediakan. Kalau boleh, semua benda mesti nak sempurna! Maklumlah, anak sulung kan, rasa excited tu lain macam!
Haa..tapi betul ke anda dah sediakan semua perkara? Confirm tak tertinggal dan terlepas pandang? Apa kata anda ikuti checklist yang kami sediakan ni..Harap-harap boleh bantu anda sebelum menyambut ketibaan “orang baru” nanti!
BUAT RAWATAN GIGI
Anda tahu tak, bila seorang wanita itu hamil, akan berlakunya proses perubahan ketara daripada aspek fizikal, rohani serta kesihatan secara menyeluruh. Kesihatan mulut juga tak terkecuali kerana apabila mengandung, tahap hormon estrogen dan progesteron akan meningkat lalu mengakibatkan kesihatan gusi terjejas.
Sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gusi ataupun kesan dari tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan pengumpulan plak, seterusnya akan menyebabkan radang gusi ataupun gingivitis.
Lebih membimbangkan, ia akan mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang dan kekurangan berat, berpunca daripada jangkitan bakteria yang memasuki ke dalam aliran darah melalui gusi dan bergerak ke dalam rahim.
Jadi, bakal ibu semua, rajin-rajinlah buat rawatan gigi ya!
MAKAN UNTUK DUA ORANG?
Orang mengandung ni macam-macam yang diidamkannya. Kadang-kadang pelik dan tak masuk akal juga benda yang diminta. Dah nama pun mengidam kan, ikutkan sajalah. Tapi yang selalu kita dengar, mengidam nak makan macam-macamlah. Yelah, makan untuk dua orang katanya.
Setiap ibu mengandung memerlukan lebih 2000- 3000 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi. Tapi, tidak bermakna anda boleh makan apa saja kerana dikhuatiri berat akan naik secara mendadak dan mengakibatkan pelbagai komplikasi pada kandungan.
Sebaliknya, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, telur, keju dan bijirin. Elakkan juga makanan yang pedas dan berminyak serta minuman berkafein.
KAWAL MAKANAN MANIS
Menurut pakar, ibu hamil harus memberikan tumpuan kepada fasa pertama atau trimester pertama kerana dalam waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat. Ini termasuklah mengawal pemakanan yang diambil sewaktu hamil.
Kalau boleh, jauhi semua jenis makanan yang tidak sihat seperti makanan manis, berlemak, berkalori tinggi, banyak garam dan mengandungi kadar msg yang tinggi. Ini kerana, ibu hamil berisiko untuk dijangkiti gestational diabetes dan boleh membahayakan kandungan sekiranya makan makanan tersebut secara berlebihan.
Nak makan tu boleh, tapi berpada-padalah ya!
BIDAN PENJAGA PANTANG ATAU TUKANG URUT
Sewaktu dalam pantang, emosi ibu masih tidak stabil dan sedikit sensitif. Jadi, lebih senang dan selesa apabila diuruskan oleh ahli keluarga yang terdekat.
Tapi, kalau anda taknak susahkan mereka, anda boleh upah bidan penjaga pantang ataupun tukang urut. Dalam zaman yang serba moden sekarang ni, banyak servis seperti ini ditawarkan. Cari je dalam media sosial, gerenti jumpa! Kalau boleh, dua atau tiga bulan sebelum melahirkan, cari dan tempah siap-siap bidan yang akan menjaga anda sewaktu dalam pantang nanti.
Jangan last-minute tau, sebab bidan penjaga pantang ni adalah orang penting untuk memastikan ibu berpantang dan bayi dalam keadaan yang baik sejurus selepas melahirkan.
BARANG PENJAGAAN / BARANG MANDIAN BAYI
Haa..yang ini paling penting dan harus disediakan sebelum kedatangan si manja. Ramai bakal ibu bapa pening bila nak memilih barangan penjagaan yang sesuai buat bayi mereka.
Yang penting, sebelum membeli, pastikan barangan tersebut bebas dari bahan kimia berbahaya, lembut dan tidak sensitif pada kulit bayi anda. Lagi bagus dan nak selamat, beli barangan penjagaan atau mandian bayi yang berasaskan dari bahan organik atau semulajadi serta disyorkan oleh pakar kanak-kanak.
INI SALAH SATU BARANG MANDIAN PILIHAN NOMBOR 1 IBU-IBU DI MALAYSIA!
Menjaga kesihatan kulit bayi adalah sangat penting buat ibu bapa agar si manja tidak terkena iritasi kulit dan kulit tetap terpelihara halus serta lembut. Sebab itulah, ibu-ibu harus memilih Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash sebagai teman mandian si manja!
Cetaphil Baby adalah jenama yang dipercayai oleh ibu-ibu sejak bertahun-tahun lamanya kerana kandungan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash yang terdiri daripada 1/3 pelembab dengan aloe vera dan minyak badam terbukti dalam membersih dan menjadikan kulit si manja anda lembut dan sihat!
Selain itu, formulanya yang hypoallergenic dan mempunyai kadar pH seimbang selamat serta tak pedihkan mata si manja. Yang paling penting, ia disyorkan oleh pakar kanak-kanak!
Setiap ibu pasti hanya mahukan yang terbaik buat si manja mereka. Sebab itu anda harus jadikan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash sebagai pelindung dan teman mandian si manja setiap hari, agar kulit si manja tetap halus, lembut dan sihat!