2

Inilah Puncanya Kenapa Ibu-ibu Tidak Dapat Menyiapkan Kerja Rumah

Suri rumah tangga adalah profesion yang hebat. Mana tidaknya, mereka sentiasa mempunyai kerja rumah yang tidak berkesudahan pada setiap hari. Setuju?

Kebiasaannya dalam urusan rumahtangga, ibu yang akan bangun awal dan mula menguruskan rumahtangga. Jika ada anak bersekolah biasanya ibu lebih sangat sibuk. Perlu kejutkan anak, siapkan mereka untuk ke sekolah, pastikan keperluan untuk ke sekolah lengkap dan kadang kala menyediakan bekal untuk anak ke sekolah.

Bagi ibu yang masih ada anak kecil perlu dijaga dirumah, selepas anak yang lain ke sekolah inilah masa untuk mereka mengemas rumah sambil menjaga anak yang masih kecil. Hebatkan wanita memang multi tasking!

Para suami yang pulang dari kerja jika melihat rumah bersepah atau seperti tidak berkemas, janganlah mudah naik angin dan melabel isteri sebagai pemalas dan hanya tidur saja di rumah. Mesti sakit hati isteri jika dapat suami yang tidak memahami besarnya tanggungjawap isteri meskipun sekadar duduk dirumah.

Tanggungjawap seorang isteri dirumah ini memang tidak pernah akan habis nak pula kalau ada anak kecil yang sedang buas menjelajah pelusuk rumah dan membuat sepah.

Menerusi video ini, si ibu bekerja keras untuk melakukan kerja rumah. Walau bagaimanapun, seseorang telah menyebabkan kerja rumah yang dilakukan oleh ibu itu tidak selesai! Siapakah gerangan orang itu? Ya, bayi kecilnya!

Apabila si ibu meletakkan pakaian yang dilipat ke dalam almari pakaian, bayi itu mengambil dan memunggahkan semula pakaian itu dari almari pakaian! Apabila si ibu menyapu debu di atas tanah, bayi itu akan menyepahkan semula debu itu!

Apabila si ibu melemparkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh, bayi itu akan mengeluarkan semula pakaian berkenaan dari mesin basuh! Pening kepala dibuatnya!

Mari lihat telatah bayi yang sangat nakal ini. Adakah anda juga mempunyai anak atau adik yang sebegini? Kongsikan bersama kami!

VIDEO :

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: