TMJ Mengaku Silap

TMJ mengaku silap, ini pulak respon kami

Selepas kekalahan 1-2 di tangan Perak semalam, TMJ mengaku silap atas apa yang terjadi keatas JDT melalui satu status di fanpage JST. Seterusnya TMJ akan bertangjawab sepenuhnya. Kami akan memberikan respon kami di atas status tersebut. Status TMJ mengunakan font italic dan berwarna biru:

Ini adalah perlawanan liga keempat kami. Masih belum ditewaskan di gelanggang sendiri sejak lima musim lepas dalam liga. Kami telah melakukan dengan baik memenangi tujuh gelaran dan mencipta banyak sejarah sejak empat tahun yang lalu.

Kami sedar dengan rekod itu dan kami bangga dengan rekod itu. Dengan kekalahan tersebut, kami tidak rasa fokus JDT sudah berubah untuk untuk musim ini seperti yang telah kami cadangkan sebelum ini. Kami memang sudah bersedia untuk tiada piala untuk musim ini seperti yang diberitahu awal musim. Tetapi untuk berada di pentas Asia dengan segera adalah dengan memenangi Piala FA.

Baca ini: Musim ini, kami sarankan JDT hanya fokus 3 perkara ini sahaja

[AdSense-B]

Cumanya kami terkilan masih meletakan pemain ditempat yang tidak sepatutnya. Pemain yang masih below par diturunkan sebagai kesebelasan utama. Hanya satu sejarah kami mahu JDT cipta iaitu berada di pentas Piala ACL.

Saya tahu bahawa kita tidak memulakan liga dengan baik musim ini terutamanya kerana kesilapan saya. Dengan meminjamkan Hariss, menjual penyerang kami untuk mengurangkan kos dan membeli dua pemain yang salah.

Sebenarnya kami sudah boleh menerima kemungkinan kita hanya mengunakan 1 atau 2 import untuk musim ini. Kita juga telah membeli pemain tempatan yang berstatus pemain kebangsaan. Kami sudah memasang impian untuk melihat pemain tempatan ini mewakili JDT untuk sepanjang musim 2017.

Perak 2 JDT 1 hazwan bakri

Kami sudah terbayang Hazwan dan Darren Lok akan bergandingan untuk menembusi pertahan lawan yang pasti akan dikawal oleh seorang pemain import. Lihatlah senarai pemain tempatan yang JDT beli seperti Nazmi, Hazwan, Safawi, Hazriq dan menaikan Afiq dan Darren Lok. Masih hebat kan walaupun hanya pemain tempatan sahaja?

Contoh kesebelasan utama yang boleh digunakan – sumber penyokong JDT

[AdSense-B]

Sebenarnya, kita juga mempunyai pemain tempatan yang untuk mengantikan tempat Hariss Harun. Bukannya menggunakan pemain diluar posisi untuk di lakukan proses ekprementasi. Bagaimana pun, apabila JDT membuat keputusan untuk membeli import baru kami memang boleh merimanya. Tetapi kami juga ada menulis kegusaran kami mengenai Brian Feirerra. Dibawah ini apa yang kami tulis:

“Kami berasa gusar setelah melihat penampilannya bersama kelab untuk perlawanan kompetatif. Berdasarkan gambar dibawah, boleh dikatakan Brian Ferreira tidak mempunyai perlawanan kompetatif sejak tahun 2015. Dia hanya melakukan sekali penampilan untuk Olimpo pada bulan 2 tahun ini dan itu pun dimasukan pada minit ke-90 perlawanan.”

Baca sini: Pemain Import Baru JDT 2017: Kenali Brian Ferreira

Kami akan memperbaikinya menjelang Mei dan untuk musim 2018 saya berjanji bahawa kita akan mempunyai pasukan yang sangat kuat.

Sementara menunggu Mei tersebut, kami ingin cadangkan supaya melupakan terus idea untuk Yol bermain sebagai double pivot ataupun CB. Jika Yol bermain di posisi defensive midfielder, Safiq rahim akan turun terlalu jauh dan tidak akan membantu barisan serangan JDT. Kita mempunyai Afiq dan juga Shakir untuk posisi tersebut.

mohd shakir shaari JDT afc cup

Untuk tahun 2018, perlu diingat kita sudah wajib menggunakan 4 pemain bawah 23 tahun untuk setiap perlawanan. Mereka ini sepatutnya diberikan pendedahan sejak musim ini. Dalam keadaan ini sukar untuk kita untuk mempunyai pasukan yang mantap.

Untuk import yang akan ditukarkan, rasanya hanya simpan mereka dibangku simpanan. Terdapat pemain pemain kita yang boleh mengambil alih tempat mereka.

Tetapi buat masa sekarang, wang adalah keutamaan kami dan saya perlu untuk mendapatkan kembali semua perbelanjaan. Tetapi jangan panik. Kami masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki dan saya yakin kami dapat melakukannya. Ini adalah kekalahan pertama dalam liga selepas 26 perlawanan. Kami telah melalui 5 tahun yang hebat. Jangan biarkan beberapa kekalahan mengganggu anda. Masanya akan tiba. Saya akan melakukan sedikit perubahan pada bulan Mei dan yang besar-besaran pada bulan Disember.

Jika wang masih menjadi keutamaan, jual sahaja pemain import tanpa membeli import yang baru. Ikut seperti yang diperkatakan pada awal musim ini. Kami tidak takut pada kekalahan. Kita mampu bermain menggunakan pemain tempatan sahaja seperti yang kita lakukan semasa peringkat kumpulan Piala AFC. Kita sudah melakukan perkara yang hebat dan kita boleh juga melakun tanpa import.

[AdSense-B]

Melakukan perubahan besar-besaran juga memerlukan perbelanjaan yang besar. Rasanya kita memang sudah perlu melakukan perubahan dari sekarang untuk menghadapi syarat yang dikenakan melalui “Feeder Club”. Kami ade menulis secara ringkas mengenai perkara ini dan boleh lihat penekanan kami pada perenggan terakhir.

Baca ini: Penerangan ringkas perjanjian “Feeder Club” JDT

Ia bukan salah jurulatih. Walaupun mempunyai jurulatih yang bagus macam mana pun, tanpa penyerang hadapan yang baik ia sukar bagi pasukan. Tambahan lagi di dalam negara ini, falsafah kami sudah betul cuma saya silap membeli dua pemain luar negara di barisan hadapan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada penyokong JDT atas kesalahan saya dan permulaan yang tidak baik. Ini silap saya. JDT selamanya.

Kami tidak mempunyai pengetahuan mengenai taktikal yang tinggi seperti jurulatih. Cuma ingat lah, possession yang bagus adalah yang boleh memberikan ancaman kepada pihak lawan. bukannya dengan melakukan BANYAK pass ke tepi dan juga kebelakang. Seperti perlawanan semalam, tanpa pengetahuan kejurulatihan yang tinggi kita boleh lihat JDT menghadapi untuk melepasi kawasan sendiri dari tengah.

Kita rasa kita masih lagi sama-sama untuk untuk membangunkan JDT. Yang silap boleh diperbetolkan. Tugas kita adalah saling tegur menegur. Ini adalah respon yang ikhlas dari kami dan kami respect kerana TMJ mengaku silap dengan berani dan keterbukaan baginda.

Baca juga: Liga Super 2017: Perak 2 JDT 1, laporan dan video highlights

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

This Post Has One Comment
  1. Saya berharap JDT akan lebih perkasa sepertimana ketika JDT dizaman kegemilangannya. Kita usahakan yg terbaik, selanjutnya kita serahkan kpd Yg Esa.

Comments are closed.