Farah Lee1

Travel Bersama Anak, Farah Lee Kongsi 4 Dokumen Penting Single Parent Wajib Bawa

Travel bersama anak kecil mungkin tidak menjadi masalah buat mana-mana ibu bapa. Tetapi lain pula ceritanya jika anda adalah single parent yang sudah bercerai dengan pasangan.

Kepada semua single parent di luar sana, pernahkah anda terfikir untuk membuat persiapan yang sedikit berbeza sebelum travel bersama anak kecil anda? Kami pasti ramai yang masih tidak peka dengan hal ini, malah masih ramai menganggap persiapan travel sebagai ibu bapa atau sebagai single parent adalah sama sahaja.

Tanggapan itu sebenarnya tidak benar dan salah sama sekali, lebih-lebih lagi jika anda mahu membawa anak kecil anda ke luar negara. Ibu tunggal berpengaruh, Farah Lee berkongsi tips yang sangat penting untuk semua single parent tahu sebelum merancang membawa anak melancong ke overseas countries.

Image via Instagram @farahlee_

Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Binti Romli yang kini menetap di UK dan kerap bergerak dari satu tempat ke satu tempat bersama anak kecilnya, Maream sebelum ini pernah ditahan di imigresen Norway dan diminta untuk membuktikan bahawa Maream itu anak kandungnya.

Menurutnya, jika tidak membuat persiapan yang rapi dengan membawa dokumen yang lengkap, pasti mereka berdua tidak dibenarkan masuk ke negara itu.

Image via Instagram @farahlee_

Itu baru di Norway. Pernah juga beberapa kali mereka ditahan di negara lain, semuanya meminta pengesahan bahawa Maream itu bukan anak orang lain, anak yang diculik, anak pelarian, dan sebagainya. Tetapi lain pula kisahnya di Korea, Sepanyol dan Portugal di mana mereka langsung tidak ditahan dan dilepaskan begitu sahaja.

Segalanya Farah ceritakan di dalam posting ini. Berbekalkan pengalaman tersebut, Farah memastikan agar beliau sentiasa menyediakan dan membawa 4 dokumen penting ini sepanjang masa ke mana-mana.

Baca perkongsian penuh di bawah:

To single parents yang nak travel dengan anak (below 18) out of country, jangan lupa bawak sekali, Photocopy of translated:

  • Birth cert anak
  • Divorce cert
  • Custody letter from court (ktorg punya ada dalam MOU sebab daddy awal2 dah cakap Maream omma jaga)
  • Consent letter from the father/mother (ni extra, esp share custody)
  • Just in case immigration ingat kita bawak lari anak orang.

Image via Instagram @farahlee_

So far pengalaman omma, first time prepare semua benda ni masa nak apply visa UK Maream. Nak translate borang2 tu boleh pergi court then tanya pegawai kat situ. Nanti dorang carikan lawyer untuk translatekan dan stamp. Then ada fee per page berapa2 hengget. Omma tak sure berapa sebab omma dulu ada Auntie baik belanja.

Then first time ktorg travel out of UK adalah ke Norway, lek je la bawak passport and UK ID. Sekali immigration mintak bukti Maream tu anak omma sebab takde nama omma kat nama Maream. Sudahhhh. Seb baik ada save dalam phone birth cert so selamat lah mak anak dua beranak ni haha..

Image via Instagram @farahlee_

Then masa tinggalkan Maream kat Norway (sebab omma kena gi Jeddah), omma prepare sekali consent letter from omma yang ada details Bonda and Walid mengatakan I give my consent for my daughter to stay/travel with them from this date to this date etc.

Consent letter tu pun perlu kalau kita travel dengan anak buah ke, anak kawan ke, cucu ke. Bebudak yang nama mereka tak sama dengan surname/firstname kita. Rasanya perlu jugak untuk parents yang tak divorce tapi anak akan travel dengan salah sorang je. Dorang punya concern takut kita bawak lari anak away from the other parents. Macam mana nak buat consent letter? Goggleeeeee kan adaaa.! Heh.

Image via Instagram @farahlee_

So since then, bila travel dengan Maream omma akan bawak je semua di atas. Manchester Airport kadang immigration officer tu mengada sikit walaupun ktorg dah ada UK ID, nak jugak bukti2 tu semua. Rasanya kat Korea, Spain & Portugal haritu dorang tak kisah pun. Jangan lah pulak tanya omma negara mana kisah mana tak kau ingat aku immigration officer? Haha. Just bawak je senang cerita.

Haaa gigih tak single mom kaki travel ni?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: