Pucuk Kari

Ulam Pucuk Kari, Bukan Sahaja Sedap Malah Banyak Khasiat. Tapi Sayangnya Ramai Tak Tahu

Daun kari selain menjadi bahan wajib untuk menyediakan masakan kari dek kerana aromanya yang sedap. Diakui juga, banyak khasiatnya untuk kesihatan apabila dimakan mengikut pangalaman orang dulu-dulu.

Pun begitu, tidak semua antara kita menjadikan amalan memakan daun kari ini sebagai keniasaan. Menyedari ini, puan Gee Fauziah mengumpulkan beberapa perkongsian ilmu berkenaan khasiat daun kari ini. Jom lihat perkongsiannya itu.

Sarapan pagi ni nasi lemak dengan pucuk kari. Orang dok cakap pokok kari depan rumah tu dah banyak pucuk. Ambik buat ulam sedap tu. Banyak khasiat. Walau taktau sangat khasiat apa. Cuba la jugak sikit. Alhamdulillah memang sedap sungguh. Ada yang penah makan ka ulam ni?

Sebab ramai kongsi petua dan khasiat daun kari ni, saya edit dan compile kat sini. Boleh sama2 sihat dan awet muda.

khasiat daun kari, khasiat ulam pucuk kari, resepi ulam pucuk kari, petua ulam pucuk kari

Masni Mat Saad➡Terang mata
Noriyah Yahya➡Byk kalsium..bgs untuk gigi n tulang..x yah beli susu anlene dah
Cahaya Petunjuk Nor Hidaya➡Baguih untk Keputihan
Halimah Ali➡Saya makan pucuk kari 2-3tangkai setiap pagi bersama 3helai daun jarum 7 bilah, selawat baca doa kesembuhan. Alhamdulillah dh lebeh 6tahun sembuh. sebelomnya saya makan setiap hari 2biji 3kali sehari ponstand.pil ni lagi kuat dari panadol,telan panadol langsung tk berkesan.saya dapat ilmu makan daun kari dari seorang penjual jamu katanya untuk migren.
Aida Afrina➡daun kari ni pucuknya org ckap mlmbatkan penuaan.wallahhualam…
Jamilah Mat➡Pucuk kari ni bgus utk dlaman wanita..sya blajar mkn ulam daun kari ni dgn arwah mak mertua
Zura Ibrahim➡prevent kanser. bagus pucuk dan daun kari. org kata bangsa yg kurang kanser ialah org india pasal selalu letak daun kari dlm masakan sudah tentu kari depa
Rayyan Harraz➡Sedap pucuk kari lps mkn kuar angin
Hasmuni Abdullah➡Peluh badan pun wangi…
Siti Raudah➡Pucuk kari, menghilangkan bau badan yg tidak enak
Chinta Darin Sofea➡saya suka pucuk kari buat ulam. . .lawas air besar. .
Riza Razif➡Utk kurangkan kolestrol dalam badan … doc. Sdr yg suruh makan ..sehari setangkai daun kari
Nora Zimah➡yg kturunan kencing manis nak elak mkm 7 helai 1 hari selama 3 bulan jgn lupa selawat

Ini pula perkongsian info daripada Uztaz Amir Hussain.

Ramai cakap sedap makan dengan sambai nyioq, sambai belacan, budu dan goreng celup tepung.

Kiriman :Gee Fauziah Razali

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: