Adam Nor Azlin Malaysia

Walaupun Dikaitkan Dengan JDT, Adam Nor Azlin Masih Belum Pilih Majikan 2018

 

“Jika ada tawaran lebih baik, mungkin (saya) akan pergi,” – itu jawapan pemain pertahanan Selangor dan skuad bawah 22 tahun negara, Adam Nor Azlin mengenai desas-desus dia bakal beraksi dengan Johor Darul Ta’zim (Johor DT), musim depan.

Pemain berusia 21 tahun itu menegaskan, perkara berkenaan (spekulasi) mungkin ada betul atau sebaliknya namun, dia tidak mahu memberikan sebarang komen kerana mahu fokus aksi terakhir Liga Super antara Selangor menentang Pulau Pinang, 28 Oktober ini.

[AdSense-B]

“Jika ada tawaran baik yang boleh mengembangkan karier saya, mungkin saya akan pergi. Dalam bola sepak kita perlu tahu karier seseorang pemain tidak panjang.

“Jadi, saya perlu buat sesuatu untuk meningkatkan prestasi saya,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Flagship Superstore Sports Direct, hari ini.

Adam membuat perbandingan dengan mengatakan, individu yang hendak bekerja di sebuah syarikat, tentunya akan memilih majikan yang menyediakan kemudahan yang baik.

adam nor adlin

“Kemudahan dan kesihatan mesti dipertimbangkan, begitu juga dalam bola sepak. Apa pun saya akan bincang dulu dengan keluarga. Saya perlu mendapat restu keluarga, jika tidak saya akan kekal di Selangor.

“Kontrak saya bersama Selangor hingga hujung tahun ini. Setakat ini, masih belum ada sebarang perbincangan dan tawaran dari Selangor.

“Kini, semuanya bergantung untuk perancangan tahun depan. Daripada situ, barulah saya boleh uruskan sama ada ingin sambung atau tidak,” katanya yang mengakui perlu bijak membuat keputusan dalam setiap tawaran yang diterima.

[AdSense-B]

Adam menegaskan, skuad Selangor ketika ini sedang fokus sepenuhnya untuk aksi terakhir Liga Super menentang Pulau Pinang bagi meraih penutup musim 2017 dengan kedudukan lebih baik.

“Lima perlawanan sebelum rehat semua aksi berakhir dengan kekalahan. Ia disebabkan kesilapan yang kita tidak pelajari dan menerima hukuman.

“Kami mahu beraksi dengan lebih baik dan bersikap profesional. Bagaimanapun, untuk meraih tiga mata saya tidak jamin. Semua bergantung kepada komitmen dan sikap sepenuh hati setiap pemain,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: JDT Kena Elak Buat Silap Dalam Separuh Akhir Kedua Malam ini

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: