Makeover Tangga Guna Cat Epoxy

Wanita Ini Kongsi Cara Makeover Tangga Guna Cat Epoxy. Hasilnya Memang Wow!

IDEA MAKEOVER TANGGA MONOCHROME MENGGUNAKAN CAT EPOXY

Oleh: Aina Syafiqka via Kelab Deco Rumah

Musim PKP ni mungkin ramai tercari-cari idea nak buat sesuatu yang menarik di rumah kan?

Bagi yang teringin nak membuat kelainan pada tangga, anda mungkin teruja untuk makeover apabila melihat hasil yang begitu moden dan cantik dengan hanya DIY menggunakan cat epoxy yang ditunjukkan oleh Aina Syafiqka ini.

Tak perlu tukar kepada tangga kayu, hanya cat saja di atas tiles. Memang jimat kan?

Jom kita ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini:

MAKEOVER TANGGA MONOCHROME GUNA CAT EPOXY

Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga.

Sebab masuk rumah baru memang bnyk benda lain yang lagi penting untuk buat. Tapi sebab saya nak juga, so saya decide nak DIY.

Akibat banyak sangat tengok Instagram mat salleh, kebanyakan mereka cat tangga tapi tangga tu semua jenis kayu dan bukannya batu / tiles macam tangga rumah kita yang biasa.

So lepas buat research saya nak cuba guna cat epoxy yang orang selalu guna untuk cat bilik air.

Cari punya cari, saya dapati kebanyakan epoxy jenis glossy bukan matte, tapi saya nak yang matte finishing.

Saya dah almost give up juga tapi hasil godek Shopee finally jumpa cat epoxy yang matte finishing!

Walaupun harga dia agak mahal berbanding epoxy yang gloss biasa – 1L around RM70 but seriously saya cakap sangat cantik hasil dia.

So, bagi yang berminat nak buat, saya share gambar cat epoxy tu dekat sini untuk rujukan:

Ni jenis cat epoxy yang saya beli.

Senarai Cat & Kuantiti

Sebagai nota, saya sertakan sekali lebih kurang anggaran kuantiti cat untuk tangga saya yang ada 16steps kecil dan 2 steps besar :

Warna hitam – 1 tin untuk 2x layer (cukup-cukup)
Warna Putih – 2 tin (sebab banyak layer untuk dapat finishing yang smooth dan cantik)
Undercoat – 1 tin
*Harga cat epoxy matte: RM70 untuk 1L (anggaran lebih kurang)

Cara-cara

Sebelum cat saya bersihkan tangga dulu dan bagi kering.
Selepas tu saya undercoat dulu semua 2 layer.
Kemudian baru cat colour. Saya start dengan warna putih dan hitam.
Disebabkan dia kena mix dengan hardener untuk taknak bazirkan amount of paint, saya bahagi-bahagikan jumlah cat tu untuk mix dengan hardener.
Saya tak bancuh terus 1 tin sebab apabila kita dah mix dengan hardener kena terus guna. Kalau tak, dia akan keras lepas tu. So nak jimat dan tak nak bazirkan duit & cat, saya bahagi-bahagikan ratio.

HASIL SEBELUM & SELEPAS

Ni gambar sebelum cat.

Untuk garisan-garisan antara tiles tu saya biarkan sahaja. Nanti bila dah cat dia tak nampak obvious sangat. Cantik sahaja.

Ini hasilnya selepas dicat.

Tempoh Masa Yang Diambil Untuk DIY

Untuk pengetahuan, saya buat seorang sebab saya pjj dengan husband saya.

Since sekali cat kena tnggu kering 8-12hrs, so saya buat masa malam lepas anak-anak saya dah tidur. Saya akan start dari bawah ke atas. Jadi masa esok bangun tidur dah boleh pijak.

Untuk siapkan tangga ni ambil masa 2 weeks juga sebab kejap ada mood kejap tak ada mood. But bila dah siap rasa membuahkan hasil!

11 Bulan Pun Masih Nampak Baru & Cantik

Dah 11 bulan lepas saya cat tangga, alhamdulilah masih cantik lagi mcm baru, belum ada kopek-kopek walaupun saya pernah heret cabinet ikea yang besar dari bawah ke atas.

Colour pon tak pudar. Saya mop macam biasa tapi seminggu sekali sahaja.

Cuma satu kekurangan bila tangga hitam ni, akan senang nampak berdebu. Memang dia akan buat kita jd rajin tapi kadang tak rajin pejam mata je la.

Alhamdulilah lepas saya share dekat IG saya, hari tu ramai yang cuba buat juga dan hasil diaorang buat cantik-cantik sangat! Terharu tengok.

Hopefully dapat bagi inspirasi untuk semua.

Kredit : Facebook Aina Syafiqka
Instagram: @ainasyafiqka

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *