Wira Wira JDT Disambut Meriah Di Dataran Bandaraya

Wira-wira JDT Disambut Meriah Di Dataran Bandaraya

Ribuan penyokong menyambut ketibaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang muncul juara Piala Malaysia 2017 selepas menundukkan Kedah 2-0, di Stadium Shah Alam, semalam.

Sambutan meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan itu bermula dari Plaza Tol Skudai kira-kira pada pukul 7.30 malam.

[AdSense-B]

Pegawai dan pemain JDT kemudian dibawa melalui Jalan Skudai sebelum tiba di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada pukul 8.30 malam dengan menaiki bas khas tanpa bumbung.

Yang turut hadir, Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor, dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

[AdSense-B]

Turut diadakan pertunjukan bunga api dan persembahan artis popular tanah air, antaranya Faizal Tahir, Farahdhiya dan Yassin.

Sumber: Utusan

Baca juga: Johor DT Pasukan Terbaik Di Malaysia – Safiq Rahim

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: