Terbakar

27 selamat, bas sekolah terbakar

JOHOR BAHRU: Seramai 27 pelajar termasuk seorang pemandu sebuah bas sekolah sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan itu terbakar di Jalan Skudai, Kampung Laut, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu bas berkenaan pada mulanya mengesan asap keluar dari celah tayar belakang dan berhenti beberapa meter kemudian sebelum bas terbakar.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azhar Aziz, berkata pemandu dan penumpang tidak cedera dalam kejadian itu.

Katanya, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 2.15 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati bas sekolah terbabit hampir 90 peratus terbakar. Kami mengambil masa 20 minit bagi memadamkan kebakaran sebelum operasi tamat pada jam 3.07 petang tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, punca dan jumlah kerugian masih disiasat.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *