Natxo Insa Value

3 Pemain JDT Yang Mempunyai Nilai Perpindahan Semasa Tertinggi

Menurut laman web Transfermarkt.com yang berpengkalan di United Kingdom, kami dapati 3 pemain JDT tersenarai dalam 10 pemain yang mempunyai nilai perpindahan semasa tertinggi dalam Liga Malaysia. 3 pemain tersebut adalah seperti berikut:

1- NATXO INSA

Pemain yang menggemparkan peminat bola sepak di Malaysia melalui keputusan beliau meninggalkan Levante yang berjaya naik ke saingan La Liga Sepanyol untuk musim 2017-2018.

Walaupun beliau mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Levante beliau nekad membuat keputusan untuk berpindah ke JDT dengan kontrak selama 2 tahun. Nilai perpindahan sebenar tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak namun menurut sumber dari El Desmarque nilai perpindahan beliau kira-kira setengah juta euro.

Walaubgaimanapun menurut Transfermarkt.com nilai sebenar pemain ini mencecah €800,000 (RM 3,918,908.94) Nilai ini meletakkan Natxo Insa sebagai pemain yang mempunyai nilai perpindahan tertinggi di Liga Malaysia.

2- GONZALO CABRERRA

kelantan 2 JDT 3 gonzalo cabrera

Gonzalo Cabrerra yang berasal dari Argentina memulakan kerjaya bola sepak bermula di Akademi Boca Junior. Beliau di bawa masuk ke JDT daripada kelab Al-Faisaly yang bermain di liga Arab Saudi.

Menurut Transfermarkt.com nilai terkini Gonzalo Cabrerra ialah €750,000 (RM 3,673,977.13) yang meletakkan beliau di tempat ke 4 senarai pemain dengan nilai pasaran tertinggi dalam Liga Malaysia. Selepas separuh musim bersama JDT Cabrerra menunjukkan kualiti permainan setanding dengan nilainya.

4- SAFIQ RAHIM

lagenda JDT safiq rahim pemain bernilai piala AFC 2015

Kapten yang mula bersama JDT di awal penubuhan kelab merupakan pemain tempatan yang mempunyai nilai pasaran tertinggi mengikut Transfermarkt.com. Nilai terkini beliau menurut laman web tersebut ialah €400,000 (1,959,454.47) yang menduduki tangga ke 9 dalam senarai tersebut.

Nilai ini setanding dengan anugerah-anugerah yang pernah beliau miliki terutamanya anugerah “Most Valuable Player (MVP)” dalam Piala AFC 2015.

Top 10: Nilai permindahan semasa tertinggi untuk Liga Malaysia

Top 10 market transfer

Bonus

Nilai permindahan semasa untuk semua pemain JDT

transfer market pemain jdt

Bekas pemain JDT

Selain 3 pemain tersebut kami sertakan juga nilai pasaran beberapa bekas pemain import JDT menurut Transfermarkt.com untuk makluman kita bersama:

  • Juan Martin Lucero – €2,400,000 (RM11,756,726) : Kelab terkini, Club Tijuana (Liga Apertura, Mexico)
  • Jorge Pereyra Diaz – €500,000 (RM2,449,318) : Kelab terkini, Club Leon FC (Liga Apertura, Mexico)
  • Patito Rodriguez – €750,000 (RM 3,673,977) : Kelab terkini, AEK Athens (Liga Super, Greece)
  • Daniel Guiza – €300,000 (RM 1,469,950) : Kelab terkini, Atletico Sanluqueno (Liga Segunda, Sepanyol)
  • Alhaji Kamara – €200,000 (RM 979,727) : Kelab terkini, Al Tawoun FC (Liga Profesional, Arab Saudi)

Nota** Semua nilai pasaran pemain diperolehi daripada Transfermatkt.com


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: