Bahang Terasa

Bahang Separuh Akhir Piala Malaysia Semakin Terasa, Perak Pasukan Yang Kuat – Morais

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) membayangkan laluan sukar terpaksa ditempuhi juara Liga Super itu selepas diundi menentang Perak di separuh akhir Piala Malaysia yang dijadualkan pertengahan Oktober depan.

Pengendalinya, Ulisses Morais berkata, situasi di pentas separuh akhir amat berbeza kerana masing-masing ingin mencatatkan kemenangan untuk ke final.

“Kami mempunyai masa 15 hari untuk mengharungi perlawanan separuh akhir bertemu Perak.

[AdSense-B]

“Kami sedar bahang saingan separuh akhir akan menjadi seakan-akan perlawanan akhir lebih-lebih lagi dengan kekuatan Perak. Semestinya kami akan melakukan sehabis baik kerana kami mahu memenangi Piala Malaysia,” katanya.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Larkin kelmarin, skuad Harimau Selatan mara agregat 5-2 walaupun  sekadar  terikat 1-1 menentang Melaka United.

Mengulas perlawanan itu, Morais  memuji  persembahan pemainnya yang berjaya melaksanakan  tanggungjawab  sekali gus mencapai objektif pasukan.

“Walaupun JDT mempunyai banyak  peluang untuk menjaringkan gol, namun penjaga gol Melaka menggalas tanggungjawab dengan sangat baik. Inilah bola sepak, apa yang penting objektifnya tercapai iaitu memenangi perlawanan ini dan berjaya mara ke peringkat separuh akhir.

[AdSense-B]

“Selepas ini, kami mahu menumpukan perhatian kepada perlawanan bertemu Felda untuk saingan Liga Super, dan fokus kita ialah kemenangan,” ujarnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Sathianathan Mahu Fokus Bertemu JDT Dahulu

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: