Karies Gigi

Bahaya Karies Gigi Susu, Ibu Bapa Tak Sedar Anak Tanggung Sakit

Karies gigi adalah salah satu infeksi yang boleh merosakkan struktur gigi.  Jangkitan ini menyebabkan gigi berlubang, gigi tercabut, pelbagai penyakit berbahaya bahkan kematian.

Setiap kali selepas mengambil makanan, bakteria yang ada di dalam plak akan bertindak balas dengan gula yang ada di dalam makanan untuk menghasilkan asid.

Asid yang terhasil akan bertindak ke atas permukaan gigi dan melembutkannya melalui proses demineralisasi. Sekiranya asid yang terhasil tidak di neutralkan, proses demineralisasi akan berterusan mengakibatkan terjadi karies.

Perkongsian daripada Ain Md Nor ini wajar dijadikan panduan para ibu bapa untuk lebih prihatin akan kebersihan gigi anak-anak anda.  Bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun ini mereka tidak tahan dengan kesakitan gigi dan rawatan intesif yang serius.

Oleh itu, sentiasa ‘check’ gigi anak dan ajarkan panduan memberus gigi setiap kali lepas makan dengan betul semoga ia akan menjadi ‘habit’ diawal usia kanak-kanak ini.  Mari baca perkongsian dibawah semoga mendapat manfaat daripadanya.

Benda berlaku tanpa mak apak sedar Guys, yg dah bergelar mak apak. Plis take this one seriously. Tentang gigi anak kau.Mak apak kena tahu, ada 4 ketul gigi geraham yang akan tumbuh dalam average umur anak 6-7 tahun. Gigi ni tak ganti gigi mana2 pun. Dia tumbuh tanpa beri notis. Selalunya, bila gigi susu anak dah rosak, parent terpaksa redho dan berharap gigi kekal anak dorang seksok cantik.

Maklomlah gigi susu ni hanya sementara. Sementara lah sangat kannn. Sedekad jugakla anak kau guna untuk ngunyah pakai gigi berlobang tu. Sian dia. Bila gigi geraham anak yg susu tu dah jahanam, tanpa sedar gigi geraham yg baru tumbuh tu pun diabaikan. Mak apak ingat tu gigi susu jugak.

Okay ini kes harini ni. Budak umur 7 tahun (darjah1). 3 dari 4 batang gigi geraham yang baru tumbuh tu dah karies. Pada saya teruk jugak sebab besaq gedabak karies dia.

Hampir satu jam dia kena nganga. Nasib baik nurse yang cantik ini memahami, kejap2 nurse bagi take 5. Hasil sangat memuaskan sebab adik ni bagi kerjasama 280%. Good job adik

So ini sedikit ILMU hakak nurse nak bagi SPECIAL untuk mak apak out there:

  • Bersihkan gigi anak dengan kain / finger brush seawal gigi pertama tumbuh umur 6-7 bulan selalunya.
  • Mak apak bagi je anak below setahun pegang2 berus gigi time mandi even belum ready nak berus.

  • Tolong ye jangan bagi anak minum air selain susu dalam botol susu
  • Formula milk berperisa coklat, madu dan ntah apa lagi tu, takyah boleh tak?
  • Jangan bagi anak tido dengan gonggong botol susu.
  • Jgn senang2 minta nurse cabut gigi geraham susu tu bila dah berlubang.

  • Sebab bila cabut awal, tempat kosong tu bakal di isi oleh gigi geraham kekal yang akan tumbuh tu.
  • Nanti pengganti gigi yg dicabut tu nak tumbuh kat mana?
  • Selagi boleh tampal gigi susu, kita tampal okeh.
  • Jangan abaikan gigi susu sebab kalau sakit, sama ja macam kau sakit gigi takleh tido malam dan rasa nak penaboh orang bising sebelah kau.

  • Jaga gigi susu seawal baru tumbuh. Jangan dah penuh 20batang baru nak ajar anak gosok gigi.
  • Itu jam anak meraung kau kata anak xnak gosok gigi.


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: