Melaka United Eduardo Almeida 1

Bertahan 90 Minit Bukan Cara Melaka United – Eduardo Almeida

Melaka tidak akan bersikap pengecut menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan memilih pendekatan negatif untuk bertahan sepanjang 90 minit dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam esok.

Perkara itu disuarakan sendiri jurulatihnya, Eduardo Almeida, yang tidak mahu pemainnya takut dengan kekuatan juara Liga Super itu.

[AdSense-B]

Malah, rekod pernah mengikat JDT 1-1 dalam saingan liga di laman sendiri harus ditanam dalam minda setiap pemain bahawa mereka mampu menyaingi lawan.

“Apa yang saya harapkan, ia akan menjadi perlawanan yang bagus daripada dua pasukan yang baik. Kami tahu mereka miliki pasukan yang mantap dengan pemain yang bagus.

melaka united Eduardo Almeida

“Kami perlu menghormati mereka kerana mereka pasukan yang bagus tetapi kami tidak boleh berasa gerun,” jelas Almeida.

Sementara itu, kapten Melaka, R. Surendran, meniupkan semangat rakan sepasukan agar segera bangkit daripada kekalahan 5-3 di tangan UiTM FC.

[AdSense-B]

Bekas pemain Pahang ini menjelaskan jika mereka mampu menang bertemu JDT, ia mampu jadi tonik paling baik buat Melaka yang turut bertarung dalam zon penyingkiran Liga Super ketika ini.

“Bukan mudah untuk mengatasi JDT tetapi kalau pemain beraksi dengan penuh semangat, kami mampu mencari kemenangan.

“Perlawanan ini penting dalam membina momentum sebelum lawan Perak dalam aksi Liga Super,” katanya.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: Ezrie Teruja Menanti Kunjungan Pasukan Lamanya JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: