Kacang Tanah Goreng Masin

Cara-Cara Buat Kacang Tanah Goreng Masin Macam Mak Kita Buat Dulu-Dulu

Kudap-kudap mudah yang anda boleh hasilkan secara homemade. Makan sambil tengok TV, memang ralit. Sekejap je habis satu balang. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni.

KACANG TANAH GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • Kacang tanah besar
  • Bawang putih – hiris
  • Halia – hiris
  • Serbuk nasi goreng
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.

3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.

4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.

5. Sedia untuk dinikmati.

INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *