Bagi Perokok Ini Dia Cara Menghilangkan Efek Nikotin Dalam Tubuh

Inilah 4 Cara Membuang Nikotin Dalam Tubuh Perokok Tegar

Nikotin sangat adiktif. Asap yang mengandung nikotin yang dihirup ke dalam paru-paru akan mencapai ke otak hanya dalam masa enam saat. Bahan rokok termasuklah nikotin, tar, karbon monoksida, formalin, amonia, hidrogen sianida, arsen dan DDT.

Rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, termasuk 43 penyebab kanser (karsinogenik) senyawa yang dikenal dan 400 racun lain.

Walaupun tidak seserius ketagihan heroin, kecanduan nikotin juga menimbulkan risiko kesihatan yang sangat serius dalam jangka masa panjang.

Bagi anda yang merokok dan sangat sukar untuk menghentikannya, berikut ini ada beberapa tips mudah untuk menghilangkan nikotin di dalam tubuh.
1. Banyakkan Minum Air putih

Air putih sangat baik bagi kesihatan dan sudah banyak bukti bahawa air putih adalah air super yang mampu menghilangkan penyakit. Minum 8 gelas air setiap hari akan meningkatkan ion dalam tubuh selain dapat menghindari tubuh dari Dehidrasi.

2. Banyakkan Minum Air Kelapa

Air kelapa sangat baik untuk menghilangkan toksin atau racun dalam tubuh dan rokok adalah sumber toksin terbanyak dalam tubuh perokok. Selain itu kandungan air kelapa juga sangat baik untuk merangsang pertumbuhan sperma.

Menurut kajian, air kelapa mengandungi banyak vitamin, antaranya adalah vitamin C yang sangat baik bagi kesihatan terutama bagi perokok tegar. Air kelapa juga mengandungi nikotinatfolatpantotenatbiotin serta riboflavin.

Tidak hairanlah jika air kelapa juga dimanfaatkan sebagai bahan perubatan tradisional termasuklah kecantikan.Di samping itu, secara khusus, air kelapa kaya potasium (kalium) dan selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (bervariasi antara 1.7 sampai 2.6 peratus) dan protein (0.07- 0.55 peratus).

3. Memakan Buah-buahan Yang mengandung Vitamin C

Seperti air kelapa, perokok juga disarankan untuk memakan buah-buahan yang mengandungi tinggi Vitamin C. Selain air kelapa anda juga boleh meminum jus lemon yang banyak mengandungi vitamin C.

Strawberi juga sangat dianjurkan bagi anda yang ingin menghilangkan nikotin didalam tubuh kerana di dalamnya banyak mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk tubuh.

4. Buah kiwi

Buah kiwi adalah buah dari Australia yang kini sudah banyak tersebar di seluruh dunia. Buah Kiwi membantu menghilangkan nikotin dari tubuh yang kaya vitamin A, C dan E kerana ketika merokok, kadar vitamin akan berkurangan.

Semoga memberi manfaat.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *