Diaz Vs Pknp Fc 2018

Diaz Pulak Tinggalkan JDT, Import Baru Bulan Jun

Berita tergembar yang kami terima adalah Diaz sudah tidak mahu bermain bersama JDT. Dia telah meninggalkan JDT sebelum semua pemain bertolak ke Vietnam. Berikut adalah kenyataan penuh dari fanpage rasmi Johor Southern Tigers:

Kami ingin memaklumkan kepada para penyokong bahawa pemain kami, Jorge Pereyra Diaz telah meninggalkan hotel penginapan pasukan pada 12.00 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.

[AdSense-B]

Ejen beliau telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab. Kelab telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan tersebut dan membiarkan beliau pergi. Kami akan mencari pengganti pemain luar negara yang baharu untuk ditandatangani apabila jendela perpindahan dibuka bulan Jun nanti.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[AdSense-B]

Mengenai Diaz ini kami tiada kata-kata yang mampu kami keluarkan sebab ini bukan kali yang pertama Diaz memberikan masalah kepada kelab. Moga kelab JDT dapat mencari penganti yang lebih bagus yang cintakan JDT ketika beraksi bersama JDT.

Baca juga: Raul Longhi Dilantik Sebagai Jurulatih Sementara JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: