2 Pemain JDT Dipanggil Oleh Ong Kim Swee Hazwan Bakri

Hazwan Bakri, Menjadi Penyelamat Dan ‘Game Changer’ Kepada Strategi Morais

Ahmad Hazwan bn Bakri. Anak kelahiran Labuan yang sedang menempa nama selaku penyerang prolifik bertaraf bintang.

Nilai perpindahannya ke pasukan JDT dianggarkan berjumlah RM1 juta. Harga setaraf dan semahal pemain import seperti Alessandro Celin.

Prestasi beliau sentiasa didambakan oleh penyokong Harimau Selatan. Manakan tidak, beliau dan Rozaimi Rahman pernah digembar-gembur bakal pengganti duo Safee-Shahrul.

[AdSense-B]

Kelibat beliau sentiasa menimbul resah gelisah barisan pertahanan lawan yang jelas tidak gemar untuk melakukan ‘marking’ terhadap beliau. Aksi meghuru-harakan pertahanan lawan jelas menjadi kekuatan kepada beliau.

PRESTASI HAZWAN KETIKA BERSAMA BENJAMIN MORA

Hazwan yang biasa bermain selaku penyerang utama ketika beraksi bersama pasukan Selangor telah berjaya menjaringkan 36 gol sepanjang beliau beraksi. Ketika awal musim dibawah bimbingan jurulatih Mora, beliau terpaksa bersaing bersama Jeronimo Barrales sebelum kehadiran Gabriel Guerra untuk merebut tempat sebagai penyerang utama.

Kelibat beliau yang sentiasa diturun sebagai ‘false 9’ ataupun ‘inside forward’ di bahagian kanan menampakkan ketidakselesaan beliau pada waktu itu. Hazwan jelas ‘struggle’ dan menyebabkan beliau sentiasa diletakkan di bangku simpanan.

[AdSense-B]

Faktor lain yang penulis rasakan pada ketika itu, yang menyumbang kepada kenapa beliau kurang dapat beraksi adalah kesesuaian beliau untuk megadaptasi strategi yang digunakan jurulatih Mora. Umum mengetahui jurulatih Mora gemar bermain secara bertahan dan ‘ball possesion’ mengakibatkan beliau menjadi bukan pilihan utama.

PRESTASI HAZWAN KETIKA BERSAMA ULISESS MORAIS

Pertukaran jurulatih pada pertengahan musim 2017 menukar 360 darjah cerita kepada Hazwan Bakri. Kelibat beliau sentiasa dapat dilihat dan dinilai oleh penyokong walaupun masih dibayangi dengan kehadiran Mohamad Ghaddar.

Beliau banyak diberi kepercayaan dan gandingan bersama Darren Lok sebagai ‘twin striker’ merupakan antara yang terbaik untuk beliau. Walaupun Hazwan selalu bermain selaku “inside forward” ataupun sebagai penyerang kedua, beliau jarang menghampakan.

[AdSense-B]

Hazwan juga sering kali menjadi “game changer” kepada strategi jurulatih Morais. Ini boleh dilihat sewaktu jurulatih Morais bermain dengan 4-2-4. Peningkatan pretasi beliau dapat dilihat dibawah kelolaan jurulatih Morais.

ADAKAH PRESTASI BELIAU MENINGKAT KETIKA BERSAMA JDT?

Perak 2 JDT 1 hazwan bakri

Pada awal musim prestasi beliau sentiasa mendapat kritikan dari penyokong. Satu lumrah apabila dikritik selepas menjadi pemain Harimau Selatan.

Ini kerana standard yang diberikan penyerang-penyerang JDT dahulu seperti Vazquez, Nunez, Luciano dan Diaz adalah tersangat tinggi. Dan ini agak menyukarkan ‘second string’ striker untuk mengikut atau sekurang-kurangnya menghampiri pencapaian mereka.

[AdSense-B]

Lihat sajalah apa yang sudah jadi kepada bekas penyerang JDT dahulu yang gagal menyinar. Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Muhammad Nizam dan K.Thanaraj antara ‘mangsa’ KPI tersebut.

Antara kritikan yang diterima mereka ialah seorang penyerang yang tidak mempunyai ‘vision’, kurang klinikal selaku penyerang dan tidak setimpal dengan nilai yang sudah dilaburkan untuk mendapatkan khidmat mereka.

Penulis merasakan mungkin pada awal Hazwan sedikit gugup untuk menyesuaikan diri dengan falsafah dan visi dari pasukan JDT. Maklumlah, di Selangor beliau sudah terbiasa dengan corak permainan gelembung buaya berbeza dengan identiti yang dibawa JDT.

Analisa Buriram United vs JDT hazwan bakri

Sedia maklum JDT pada musim ini cuba membawa corak permainan yang lebih moden dan seiring dengan arus perdana dunia bolasepak antarabangsa. Dahulunya JDT hanya menekankan permainan ‘posession football’ sambil masih bermain dengan gaya ‘longball’ yang sudah diperbaiki.

Namun musim ini, Tunku Mahkota Johor mahukan perubahan sejajar dengan propaganda baginda yang mengatakan JDT sudah 50 langkah ke hadapan. Kemasukan Benjamin Mora menggantikan Mario Gomez adalah untuk menggantikan sistem tersebut kepada sistem baharu atau lebih dikenali sebagai “total football” dan boleh ianya sangat baharu dalam kancah bola sepak Malaysia.

[AdSense-B]

Dari semasa ke semasa terutama di bawah kendalian jurulatih Morais permainan Hazwan tampak semakin meningkat. Lihat sahaja aksi beliau ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Beliau juga mampu menjaringkan banyak gol di samping mencipta peluang kepada rakan yang lain. Peranan beliau selaku “second striker” untuk membantu Ghaddar sentiasa didambakan apabila aksi Guerra kelihatan naif dan pasif.

Peningkatan positif ini perlu untuk memastikan beliau masih relevan untuk bermain dan sekaligus mampu menjadi penyerang utama untuk pasukan JDT pada musim hadapan.

Akhir kata dari penulis,

RODA KEHIDUPAN KALA DI ATAS KALA DI BAWAH,
CEBISAN NURANI SEKUKUH BATA,
SETIAP KEMANISAN ADA PAHIT DI TENGAH,
USAHA YANG BERTERUSAN AKAN MEMBAWA DIRI MENAKLUKI TAHKTA.

SELAMAT MAJU JAYA HAZWAN BAKRI

Baca juga: Pemain Selangor Bermotivasi Tinggi Berdepan JDT – P. Maniam

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: