Gabriel Guerra Vs Selangor

JDT Tekad Julang Kejuaraan Di Selayang Esok

JOHOR BAHRU: Penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Gabriel Guerra menyifatkan pertembungan menentang Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Selayang, malam esok ibarat pentas final yang bakal menjadi penentu kejuaraan Liga Super kali keempat berturut-turut buat skuad Harimau Selatan.

Guerra menegaskan walaupun JDT berdepan tugas getir namun pertembungan sengit itu bakal menjanjikan ‘perang taktikal’ yang menarik tatkala masing-masing mahukan kemenangan namun dia mengingatkan rakan sepasukan tidak terlalu tertekan berdepan pasukan yang berstatus legenda.

[AdSense-B]

Katanya, kekalahan 1-2 skuad kendalian P Maniam ke atas Sarawak, Rabu lalu tatkala beraksi di laman sendiri bukanlah menunjukkan pasukan itu tidak konsisten sebaliknya mungkin mereka mahu menyimpan kekuatan sebenar apabila menentang JDT.

piala malaysia 2017 sarawak vs JDT guerra

“Kita tidak boleh anggap Selangor tidak konsisten, mungkin mereka simpan kekuatan dan akan turun habis-habisan apabila berdepan JDT dan kami perlu waspada ancaman pasukan itu.

“JDT perlu menang seandainya mahu menoktahkan kejuaraan liga lebih awal tetapi dalam keghairahan memburu kejayaan itu, kita perlu beraksi dengan tenang dan sentiasa fokus sepanjang 90 minit perlawanan bagi mengelak daripada melakukan kesilapan.

[AdSense-B]

“Bukan JDT sahaja yang terpaksa mengharungi jadual padat malah ia membabitkan 15 lagi pasukan yang beraksi pada saingan Piala Malaysia dan langkah ketua jurulatih, Ulisses Morais menggilirkan pemain amat tepat bagi memberi ruang saya dan beberapa rakan sepasukan lebih bersedia berdepan Selangor,” katanya.

Guerra juga tidak menafikan kekuatan benteng pertahan Selangor yang diterajui Ugo Ukah sukar ditewaskan dan percaturan taktikal yang ampuh akan menjadi taruhan terbaik untuk JDT untuk merobek gawang The Red Giant.

JDT 3 T-Team FC 0 gabriel guerra padu

Malah katanya, kemenangan sememangnya menjadi sasaran utama JDT dan kekalahan 2-3 kepada Selangor ketika aksi Piala Malaysia ingin ditebus malah sokongan padu daripada penyokong JDT amat ditagih bagi menyuntik semangat setiap pemain yang beraksi.

[AdSense-B]

“Ketika tewas kepada Selangor, saya tidak beraksi sepenuh perlawanan dan hanya dimasukkan pada babak kedua dan untuk pertembungan malam esok (malam ini) sudah tentu saya mahu pamerkan aksi terbaik dan jika ada rezeki mampu jaringkan gol,” kata Guerra.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Liga Super: Imbas Kembali 3 Perlawanan Pengesahan Kejuaraan JDT 2014, 2015 Dan 2016

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: