Previu JDT Vs Melaka United

Liga Super 2017: Previu JDT vs Melaka United

Melaka dan Johor tiada berpisah, baik dari segi adat, sejarah mahu pun hubungan ekonomi. Pada 8 April ini, kita bakal menyaksikan dua pasukan dari selatan tanah air berentap di gelanggang keramat JDT, iaitu Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin. Kami sediakan sedikit previu JDT vs Melaka dalam artikel ini.

Baik penyokong JDT mahupun Melaka United, kedua-duanya pasti tidak sabar untuk melihat pasukan kegemaran masing-masing berentap bagi mengutip 3 mata meneruskan perjuangan dalam saingan Liga Super Malaysia. Kami akan mengulas beberapa perkara berkaitan kedua-dua pasukan ini:

Melaka United

Eric william berada dalam bahaya, penyokong mahukan kemenangan.

Menghuni tangga ke 10 liga, ditambah lagi dengan prestasi hambar yang ditunjukkan oleh anak buah Eric William, jelas menunjukkan pihak pengurusan MUSA (Melaka United Soccer Association) perlu ambil tindakan berkaitan hal ini.

Ultras Taming Sari juga tidaak dapat menahan sabar atas kekalahan demi kekalahan sehingga menyuarakan hasrat mereka agar menggugurkan khidmat Eric William dan menggantikan jurulatih yang menggunakan sepenuhnya khidmat Illijas Spasovic sepertimana Mat Zan menggunakan beliau sebagai target man Melaka United pada musim 2016.

[AdSense-B]

Taktikal dan “Fluidity Football” yang mudah dibaca

Melaka United kini terkenal dengan sistem Diamond 4-4-2 namun ianya kerap kali digunakan sehingga menyebabkan “Fluidity Football” yang di amalkan sering menemui kegagalan. Buktinya mereka kalah pada dua perlawanan terakhir mereka di tempat lawan.

Nampaknya Eric William perlu mempelbagaikan taktikal bagi mengelakkan beliau disingkir lebih awal sebagai jurulatih oleh pihak pengurusan. Lagipun, Amri disahkan tidak akan bermain pada perlawanan ini nanti kerana menghormati perjanjian kontrak antara JDT dan Melaka United ketika jendela perpindahan yang lalu.

Ini bermakna Eric perlu menggantikan Amri yang berperanan sebagai 3rd striker dengan seseorang yang mampu membuat quick backup antara Spaso dan Aguero.

JDT

Kecelaruan strategi dan pemilihan pemain, tiga kalah dalam tahun ini

Walaupun hanya sekadar mengalami kekalahan tipis ketika berkunjung ke Filipina untuk saingan Piala AFC menentang Global FC, namun aksi hambar yang ditonjolkan pada separuh masa pertama menyaksikan JDT ketinggalan 3 gol dalam perlawanan itu, sekaligus menjadi tanda tanya kepada penyokong JDT.

Apa yang Mora sedang lakukan? Jelas sekali miss communication antara back 4 JDT mengalami kecelaruan bertahan sehingga melepaskan gol mudah ketika menentang Global FC tempoh hari. Ini boleh mengecilkan peluang JDT untuk layak ke pusingan kalah mati.

[AdSense-B]

Tiada siapa yang boleh ganti Safiq, #moraout semakin kuat

Pada perlawanan terakhir mereka tempoh hari, Safiq antara pemain yang diletakkan ke dalam senarai simpanan dan tempatnya digantikan dengan Nazmi. Namun apa yang berlaku amat mengecewakan penyokong JDT. Nazmi ibarat hilang arah dan midfield JDT tiada communication antara satu sama lain menyebabkan connection antara bahagian serangan dan tengah sekadar menemukan jalan buntu.

Kerap kali hantaran bertiga JDT senang untuk pemain Global FC memintas bola. Bahagian tengah JDT pula lambat untuk menemui rentak yang menyebabkan Global FC dengan mudah menggunakan taktik longball supaya tekanan di kurangkan di bahagian tengah. Apabila Safiq di masukkan, game JDT lebih teratur dan mampu merencanakan serangan yang berbahaya ke gawang Global FC.

Pemain Tumpuan

JDT- Gabriel Guererra

JDT 3 Boeung Ket Angkor FC 0 gabriel guerra

Melihat pada statistik perlawanan-perlawanan sebelum ini, JDT lebih bergantung merancang permainan ke sisi sebelah kiri dengan menggunakan Gabi sebagai free role dalam padang. Dia juga berjaya merapatkan jurang tiga gol walaupun tidak berjaya mencuri sekurangnya satu mata dari Filipina.

Melaka United- Woo Young Jeon

Pemain ini sesuai menggantikan Amri sebagai 3rd striker. Mungkin juga Eric boleh mengubah playrole dia dengan menjadikan dia advance playmaker atau shadow striker, memandangkan dia merupakan penjaring utama Melaka United musim ini.

Baca juga: Piala AFC 2017: Adakah JDT dan Felda United akan bertemu seawal di Zonal Semi Final?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: