Releven Hariss Harun

Masih Relevankah Hariss Harun Bersama JDT Musim Hadapan?

Baru-baru ini pihak FMLPP menyatakan bakal menambah satu lagi kuota pemain import. Tetapi kali ini ianya hanyalah untuk pemain berstatus ASEAN.

Berita tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawasanya Hariss Harun bakal bermain semula bersama pasukan JDT. Dan ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran beliau semasa majlis penyampaian trofi liga di Stadium Larkin baru-baru ini.

[AdSense-B]

Nama Hariss Harun didendangkan keseluruhan peminat JDT pada awal musim lalu dek kerana kerapuhan di posisi tengah bertahan yang dimainkan Amirul Hadi Zainal.

Kami mempunyai satu rumusan kenapa Hariss Harun masih menjadi pemain penting JDT walaupun kini JDT sudah mempunyai Afiq Fazail yang semakin meningkat naik dan Gary Steven Robbat yang kembali mendapat rentak permainannya semula.

Musim lalu prestasi Hariss adalah antara pemain yang paling menyerlah ketika JDT menjulang ‘hat-trick trophy’ namun agak suam di peringkat AFC.

Dengan gandingan Safiq Rahim dan juga Natxo Insa yang kelihatan sangat dominan dan menjadi pilihan utama Morais di samping penggiliran Afiq dan Gary, persoalan utamanya ialah, bagaimana untuk membenarkan Hariss Harun mendapatkan tempat untuk beraksi?

PEMAIN TENGAH BERTAHAN

Hariss Harun mempunyai statistik yang menakjubkan bersama JDT pada musim lalu. Purata hantaran yang berjaya disempurnakan untuk setiap 90 minit perlawanan adalah yang tertinggi di kem JDT selain daripadan Safiq Rahim dan Jorge Pereyra Diaz.

[AdSense-B]

Hariss juga melakukan banyak pintasan bola untuk setiap satu perlawanan menjadikan pasukan JDT antara pasukan yang terendah rekod bolos. Musim lalu kita boleh melihat bagaimana Hariss banyak terlibat dengan gerakan menyerang pasukan JDT.

hariss harun jdt

Afiq Fazail dan Gary Steven Robbat adalah pemain terbaik untuk mengambil peranan tersebut. Shakir Shaari dan Amirul Hadi juga mampu memainkan peranan yang dikosongkan Hariss Harun itu.

Namun, bekas pemain Kelantan dan Pahang ini tidak akan berada di JDT selamanya, juga dikhuatiri ini adalah musim terakhir mereka bersama skuad Harimau Selatan.

Safiq dan Natxo adalah pemain jenis ‘box to box’, walaupun Natxo seringkali berada di belakang untuk memberi perlindungan kepada Afiq/Gary tatkala mereka ‘out of position’.

Adakah Hariss seorang pemain yang sesuai dalam sistem Ulisses Morais?

PEMAIN TENGAH BERTAHAN FLEKSIBEL

Dengan sistem baharu yang dimahukan Tunku Mahkota Johor, seorang pemain tengah bertahan seharusnya lebih dinamik dan tidak terlalu pasif di garisan bawah. TMJ mahukan pemain seperti Sergio Busquest dan Xabi Alonso di dalam pasukan.

Afiq mahupun Gary masih belum mampu menjadi antara ‘regista’ yang terbaik seperti dua nama di atas kerana keupayaan mereka masih banyak perlu diperbaiki. Kita boleh lihat bagaimana kemampuan Afiq dan Gary apabila di hadapan.

Pada awal musim, Amirul Hadi jelas sangat naif sebagai pemain no.6. Pertahanan JDT begitu goyah dengan prestasi Marcos Antonio dan Aidil Zafuan yang semakin merundum.

[AdSense-B]

Kemasukkan Afiq dan Gary yang menjadi pengganti Amirul memberi satu dimensi baru. Dan ini dibantu dengan kebangkitan semula prestasi Fadhli Shas, Junior Eldstal dan Fazly Mazlan yang tepat pada masa.

Walaubagaimanapun, Afiq masih mempunyai masalah stamina dan Gary masih memerlukan minit permainan yang lebih untuk membuktikan beliau bukan pemain yang hanya menonjol apabila tibanya penghujung musim.

Dan ini jelas mengapa Hariss Harun sangat diperlukan sebagai seorang ‘shielder’ pertahanan JDT selepas JDT kehilangan Marcos Antonio.

RUMUSAN

Ternyata JDT masih merindukan sentuhan Hariss Harun. Lebih-lebih lagi JDT menginginkan untuk ke peringkat lebih tertinggi, jadi pemain seperti Hariss adalah komponen penting yang harus ada di JDT.

Kita sama-sama menanti keputusan mesyuarat yang bakal diadakan pihak pengurusan. Dan semestinya status para pemain JDT untuk musim hadapan bakal jadi tanda tanya kepada para peminat bolasepak Malaysia khususnya penyokong JDT.

Baca juga: Aidil Digantung 4 Perlawanan Mewakili Malaysia Dan Denda RM21,000

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: