Morais Jangka Cabaran Sengit

Morais jangka cabaran sengit

JOHOR BAHRU 25 Julai – Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) menyeru penyokong pasukannya agar hadir dan memenuhkan setiap ruang Stadium Tan Sri Hassan Yunos apabila mereka bertemu Perak malam ini.

Menurutnya, Perak merupakan pasukan yang amat bagus dan kemenangan ke atas pasukan itu merupakan misi utama mereka bagi meneruskan penguasaan di puncak Liga Super.

[AdSense-B]

“Mereka (Perak) mempunyai pemain yang bagus jadi perlawanan ini pastinya sengit, oleh yang demikian kami mengharapkan sokongan penuh daripada penyokong.

“Stadium yang penuh dengan penyokong amat penting bagi menaikkan semangat juang pemain dalam usaha memburu tiga mata penuh,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Morais jangka cabaran sengit guerra

JDT kini menghuni kedudukan teratas liga dengan 42 mata selepas mengharungi 17 perlawanan dengan Kedah mengekori rapat di kedudukan kedua dengan 31 mata.

Harimau Selatan bagaimanapun mungkin beraksi tanpa beberapa pemain utama ekoran masalah kecederaan ataupun kecergasan, namun jurulatih dari Portugal itu menegaskan isu berkenaan tidak menjadi masalah kerana mereka mempunyai pemain lain yang mampu mengisi kekosongan tersebut.

[AdSense-B]

“Bukan mudah kerana jadual liga ketika ini agak padat dengan perlawanan demi perlawanan dalam tempoh yang singkat.

“Namun kami yakin mampu mencatat keputusan baik sekiranya pemain mendapat rehat dan mengikuti latihan kecergasan dengan secukupnya bagi menghadapi perlawanan ini,” katanya.

Sumber: Utusan

Baca juga: Preview JDT vs Perak: Sang Belang Inginkan Kemenangan, Sang Seladang Mahu Leburkan Rekod Kebal Larkin

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: