Natxo Insa Jdt Topi

Natxo Insa : Permata Delima Di Dalam Serpihan Kaca

Tamat perlawanan JDT menentang Selangor yang berkesudahan seri kosong sama, penyokong JDT dikejutkan dengan pelawaan dari TMJ yang mengajak semua peminat JDT turun berjumpa dengan baginda. Tidak ramai dapat menghadiri dan penulis tidak terkecuali untuk turut hadir di dalam perjumpaan tersebut.

Banyak perkara dibincangkan bersama-sama. Antaranya mengenai prestasi pasukan JDT dan paling mencuri tumpuan, TMJ menyatakan bakal membawa dua nama besar ke dalam kem JDT.

Dan salah seorangnya ialah Natxo ‘Ignacio’ Insa.

[AdSense-B]

KENAPA TMJ MAHUKAN BELIAU?

Selepas persaraan Luciano Figueroa dan penjualan duo Argentina ke kelab luar, JDT jelas kehilangan ‘ngauman’. Ini kerana kualiti pemain import yang dibawa seperti Brian Ferreira dan Jeronimo Barrales masih gagal memberi impak yang besar seperti mana impak Diaz dan Hariss.

Pemain yang mempunyai ‘dua jantung’ ini sudah lama diperhati ‘scout’ JDT. Dan usaha untuk membawa Natxo Insa ke Malaysia dipermudahkan dengan bantuan Kiko Insa, pemain kacukan yang bermain bersama pasukan Pahang.

APAKAH NATXO INSA SUDAH MEMBERIKAN IMPAK?

natxo insta datang ke jdt

Jawapannya ialah ya. Dengan enam penampilan di dalam jersi Harimau Selatan dan sudah bermain selama 565 minit di atas padang, Natxo Insa atau nama gelaran yang penulis gelarkan untuk beliau, Nacho, sudah pun menambat hati para penyokong JDT.

Lihat saja debut pertama beliau menentang Pulau Pinang tempoh hari. Siapa sangka pemain berkepala botak ini begitu tenang mengawal bola walaupun diapit dengan begitu ramai pemain lawan.

Gerak badan beliau bersama dan tanpa bola, kekuatan beliau dalam ‘aerial duel’ , sentiasa menjadi ‘destroyer’ apabila pihak lawan cuba melancarkan ‘counter attack’ dan melakukan ‘recover’ apabila rakan beliau naik ke atas merupakan antara kelebihan beliau.

NATXO INSA VS HARISS HARUN : SIAPA PEMENANGNYA?

Mungkin agak sukar untuk memilih tapi dengan apa yang sudah ditunjukkan oleh Natxo, penulis memilih Natxo Insa. Kenapa?

Natxo Insa bermain bolasepak mudah. Apa maksudnya?

[AdSense-B]

Lihat saja bagaimana beliau mencari ruang untuk menerima bola dan membantu rakan-rakan yang lain untuk bergerak melancarkan serangan. Jika di Malaysia, seorang pemain tengah bertahan harus mempunyai tahap permainan yang kasar tapi itu tidak berlaku pada Natxo.

Di bawah ini penulis menyertakan video gaya permainan Natxo Insa yang sangat tenang dan bersahaja dengan ‘work rate’ beliau yang memang tinggi.

NATXO INSA : PEMAIN YANG KEKAL TENANG

Penulis mula-mula agak risau kerana berpendapat pastinya beliau mempunyai baran seperti adiknya, Kiko Insa. Dan memang benar, Natxo juga adalah seorang pemain yang baran.

Tapi tidak seperti adiknya. Beliau hanya akan hilang sabar andai pemain lawan melakukan terjahan ‘bodoh’ yang boleh mendatangkan kecederaan.

Di bawah adalah video di mana Zaquan Adha cuba mengasari Natxo Insa selepas melakukan kekasaran terhadap Gonzalo Cabrerra.

Dan cuba teka siapa pemenangnya?

KESIMPULAN

[AdSense-B]

Natxo Insa merupakan pemain yang harus dicontohi semua pemain tempatan JDT baik di atas padang mahupun di luar padang. Beliau merupakan pemain yang cukup berdisiplin dan rajin berlatih di padang dan ‘gym’.

Natxo juga sentiasa menjaga pemakanan beliau. Lihat makanan beliau di bawah ini selepas perlawanan menentang Perak tempoh hari.

natxo insa vs zaquan

Jika dahulu kita tercari-cari pemain istimewa seperti Luciano dan Diaz. Kini pemain tersebut sudah muncul dan menambahkan keceriaan kita semua peminat bolasepak Malaysia, beliau bakal bermain dengan Malaysia.

Penulis memberikan 9.9/10 sepanjang 6 aksi beliau bersama JDT.

Keep it up Nacho El Matador

Baca juga: JDT tak pandang mudah baki empat saingan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: