Perjanjian

Perjanjian ‘Feeder Club’ Antara JDT Dan FMLLP : Perjanjian Memakan Diri Atau Memberi Kelebihan?

Liga Malaysia untuk musim 2017 sudah menghampiri penghujungnya. Bagi pasukan JDT, 4 perlawanan akan ditempuhi jika berjaya ke final Piala Malaysia 2017 untuk menamatkan musim ini. Kami di SemuanyaJDT.com dan juga saudara Hafiz Othman ingin mengingatkan kembali mengenai perjanjian ‘Feeder Club’

Perenggan yang bernombor merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh JDT dan juga JDT II untuk mengaktifkan perjanjian ini. Perenggan yang menggunakan font italic merupakan pandangan dari saudara Hafiz Othman dan kami bersetuju dengannya. Jika terdapat nota SJDT adalah pandangan tambahan dari kami.

[AdSense-B]

1- Pasukan JDT & JDT II mempunyai kelayakan membuat penukaran 4 orang pemain di luar transfer window

Ini satu kelebihan utama buat JDT melalui perjanjian feeder club ini.

pemain baru jdt gabriel guerra

2- Pasukan JDT II tidak boleh bertanding dalam divisyen liga yang sama dengan pasukan utama JDT

Satu kekurangan tapi bukan isu utama dan boleh dianggap sebagai langkah untuk pembangunan akar umbi mulai tahun depan. Skuad JDT II bakal menjadi pasukan yang dibarisi oleh pemain-pemain muda yang berpotensi sebagai pelapis pasukan utama. Pemain senior perlu ada untuk membimbing pasukan ini.

SJDT – Sejajar dengan namanya sebagai feeder club, pasukan ini sepatutnya tidak perlu mempunyai pemain import dan wajar berumur 23 tahun kebawah. Dari sinilah pemain yang akan dibawa naik ke JDT untuk memenuhi syarat no 5 dibawah ini.

[AdSense-B]

3- Jika pasukan JDT mengalami relegasi dari Liga Super ke Liga Premier secara automatik JDT II turun ke Liga FAM

Bukan isu yang membimbangkan,kerana hala tuju JDT II dalam liga Malaysia hanya untuk pendedahan

4- Pasukan JDT II haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 12 pemain bawah 23 tahun dan dikekalkan sepanjang musim.

Pengurusan JDT berkemungkinan telah membuat persediaan awal untuk pemain JDT II dan isu ini tidak menjadi masalah. Sejak awal tahun 2017, skuad ini hampir sempurna.

5- Pada 2018, Pasukan JDT harus mempunyai 4 pemain bawah 23 tahun dalam kesebelasan utama setiap perlawanan.

Boeungket Angkor FC 0 JDT 3 gol pertama safawi rashid

Empat pemain utama setiap kali permainan. Ini bermakna kesebelasan utama harus dibarisi pemain muda. Ini amat membimbangkan, adakah Skuad ini sudah bersedia? Kalau mengikut situasi sehingga ke tarikh ini, boleh disimpulkan, Ya.. JDT belum bersedia.

SJDT – Seperti yang kita sedia maklum, pemain muda sukar untuk mengekalkan konsistensi dalam setiap perlawanan. Mereka juga pasti kekurangan minit perlawanan dan bukan merupakan kesebelasan utama untuk pasukan JDT ataupun pasukan lama.

SJDT- Kefahaman antara pemain juga perlu dipupuk semula. Taktikal perlu dipahami lagi oleh pemain muda yang baru dibeli. Ini boleh merugikan JDT dalam tempoh setahun namum kelebihan untuk jangka masa panjang.

[AdSense-B]

6- Pada 2018, Pasukan JDT II tidak layak bertanding dimana-mana pertandingan melibatkan pasukan JDT termasuk Piala FA dan lain-lain.

Perkara ini kita semua sedia maklum dan tidak mahu mengulas panjang

Kerisauan

Paling menggoyangkan hati saya adalah perkara no 5, apa ulasan anda semua?

Baca juga: Adib Zainuddin Menafikan Sertai JDT Bagi Musim 2018

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: