Raul Longhi Kl

Perubahan Struktur Kejurulatihan Dalam JDT, Longhi Meninggalkan JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat beberapa pelantikan baru di dalam barisan kejurulatihan. Luciano Figueora akan dilantik menjadi Pengurus Pasukan dan beliau akan dibantu oleh Benjamin Mora dan Hamzani Omar. Ketiga-tiga mereka akan dihantar ke Atletico Madrid, Manchester City dan Wolverhampton Wanderers untuk menjalani kursus bagi menaikkan lagi taraf kejurulatihan.

Ervin Boban pula dinaikkan pangkat jurulatih ke JDT II dari JDT III. Manakala kapten JDT II, Shakir Shaari pula akan dihantar menjalani kursus kejurulatihan untuk menjadi pembantu Ervin Boban di JDT II. Marcos Antonio juga akan dihantar berkursus selepas beliau mengumumkan persaraan dari karier bola sepak. Ini adalah sebahagian daripada projek jangka panjang kami.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada jurulatih Raul Longhi, Rui Rodrigues dan Ismail Ibrahim atas perkhidmatan cemerlang mereka selama ini bersama kelab.

Ini adalah perancangan kelab dari awal musim tetapi kelab tidak mahu mengumumkannya kerana menunggu waktu yang tepat. Kami rasakan inilah masa yang paling tepat demi melakukan persiapan untuk Liga Juara-Juara Asia 2019 dan cabaran tahun-tahun akan datang.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Sementara itu wartawan dari Astro Arena mengesahkan perkara ini melalui status twitternya.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *