Stadium Larkin

Piala FA 2017: Mampukah JDT melakukan magis di stadium Larkin?

Perlawanan timbal balik suku akhor kedua di antara JDT dan Pahang menjadi tumpuan ramai sekali lagi esok di stadium Larkin. JDT mahu memastikan kemenangan ke atas Pahang sekaligus memastikan laluan mereka untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu dapat dicapai. Pahang pula mahu memastikan JDT dan penyokong setia mereka berputih mata di halaman sendiri.

Persoalannya, mampukan JDT melakukan magis seperti mana dilakukan FC Barcelona di Nou Camp ataupun Pahang mampu meranapkan impian JDT seperti mana yang dilakukan Juventus kepada FC Barcelona di halaman mereka sendiri.

[AdSense-B]

Di bawah penulis cuba menghuraikan beberapa faktor mengenai perlawanan ‘mega blokbuster’ ini.

Rekod Pertemuan

16 pertemuan sepanjang lima tahun mereka di kancah Liga Malaysia. 6 kemenangan di pihak JDT manakala 5 berpihak kepada Pahang dan selebihnya berakhir dengan keputusan seri. Di bawah adalah pecahan statistic pertemuan kedua-dua belah pihak.

head to head jdt vs pahang

Sepanjang lima pertemuan di Stadium Larkin, Dollah Salleh mahupun Pahang sendiri masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan. JDT mendahului carta pertemuan dua gergasi Malaysia ini dengan peratusan kemenangan sebanyak 63% (5 kemenangan) dan Pahang hanya mampu mencatatkan tiga keputusan seri pada 5 Mei 2014, 16 Mei 2014 dan 2 November 2014.

Berbekalkan kemenangan terakhir di Stadium Darul Makmur, mampukah Dollah Salleh mencari formula untuk  mengatasi magis Stadium Larkin?

Prestasi Semasa

Boeungket Angkor FC 0 JDT 3 gol nazmi faiz

JDT menunjukkan prestasi yang cemerlang walaupun mengharungi jadual yang sangat padat. 4 kemenangan dan satu kekalahan dalam lima perlawanan yang lalu menunjukkan kualiti pemain utama dan pemain simpanan JDT sama handal dan sama kuat walaupun bermain dengan taktikal yang berbeza.

Baru-baru ini Benjamin Mora menyatakan tiada pasukan A mahupun pasukan B di dalam skuad JDT dan ini jelas membuktikan jika kena dengan taktikal, tiada apa yang mustahil yang boleh dilakukan pemain-pemain JDT.

[AdSense-B]

Sementara itu, Pahang menerima sedikit tekanan apabila mencatatkan keputusan seri semasa menerima kunjungan Selangor baru-baru ini dan mencacatkan tempo dan rekod kemenangan berturut-turut yang dicatatkan mereka sebelum ini.

Pertemunan Taktikal : Siapa lagi padu?

Dalam beberapa perlawanan yang lalu, Benjamin Mora dilihat begitu berani dalam melakukan perubahan pemain dan posisi para pemain. Ada yang menjadi dalam eksperimen Benjamin Mora ini seperti Safawi Rasid dan Nazmi Faiz yang menerima faedah dalam perubahan tersebut. Namun ada juga yang hilang tujuan dan terasing di dalam perlawanan seperti mana yang ditunjukkan Mahali Jasuli baru-baru ini.

Barisan ‘backline’ JDT pastinya menjadi perhatian seluruh penyokong JDT memandangkan mereka sudah melepaskan enam gol sepanjang lima perlawanan terdahulu. Azrif Nasrulhaq yang selalu menjadi ‘weakest link’ barisan ‘backline’ JDT bersama Fadhli Shas seharusnya meningkatkan lagi tahap permainan mereka untuk memastikan perancangan yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

Gambar di atas menunjukkan betapa rapuhnya barisan ‘backline’ JDT apabila di ‘counter attack’

Satu lagi isu taktikal yang harus di ‘clear’ kan Benjamin Mora adalah pemain tengah bertiga JDT. Peminat JDT pastinya mengharapkan Benjamin Mora meletakkan kombinasi ‘Bermuda Triangle’ di atas padang namun sayang sekali permintaan tersebut tidak dipenuhi jurulatih tersebut. Acapkali Benjamin Mora meletakkan pemain yang berbeza-beza di posisi tersebut dan ini menimbulkan kerisauan kerana kesukaran JDT untuk menembusi ‘tight area’ pihak lawan semenjak dua ini.

JDT dilihat akan bermasalah jika pihak lawan mula bermain di garisan tinggi atau mengenakan tekanan (pressing) yang tinggi

JDT musim ini banyak melakukan ‘build up’ dari bahaian tepi (sideway) dengan memaksimakan penggunaan Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrerra yang mempunyai individu skill yang tinggi. Namun yang menjadikan JDT gagal menjaringkan gol ialah apabila Hazwan Bakri dapat diasingkan (isolated) dari organisasi permainan.

Dollah Salleh pula sememangnya seorang yang genius apabila melibatkan penggunaan pemain import. Lihat saja bagaimana beliau mendapat faedah dari Mohamed Sumared dan Matheus Alves.

[AdSense-B]

Kepantasan dan kelicikan yang ditunjukkan Sumareh sememangnya harus menjadi kerisauan unit pertahanan JDT. Di dalam perlawanan suku akhir pertama, Sumareh bermaharaja lela di ‘final third’ dan menjadikan Fazly Mazlan sebagai pemain biasa-biasa sahaja. Ditambah pula dengan ‘workrate’ yang tinggi dari Alves, barisan hadapan Pahang sememangnya sangat menggerunkan.

Rajah di atas menunjukkan ‘workrate’ dari Alves dan Sumareh’

Tidak pasti sama ada Pahang akan bermain ‘parking bus’ atau tidak, tapi peminat JDT harus berharap Pahang tidak bermain dengan sistem ‘floating attackers’ kerana sistem ini lah yang mengucar-kacirkan struktur pertahanan JDT menjadi carca-marba.

JDT memberikan ruang yang besar kepada unit serangan Pahang semasa suku akhir pertama dahulu

Pemain Tumpuan

JDT – Safiq Rahim

Selepas beberapa perlawanan tanpa lilitan kapten di lengan, Safiq dilihat kembali kepada prestasi sebenar dan menunjukkan kemampuan beliau seperti musim-musim lalu. Safiq berjaya meledak dalam tiga perlawanan berturut-turut dan diharapkan prestasi beliau dapat dikekalkan dalam menghadapi pertemuan epik ini.

Pahang – Mohamad Sumareh

Jika JDT meinginkan untuk ke peringkat seterusnya, pemain ini harus dikunci serapat yang mungkin. Jika tidak, impian hanya tinggal kenangan.

Rekod di Stadium Larkin

Di harap dengan tuah stadium Larkin dan sorakan penyokong JDT, pemain JDT dapat memperolehi kemenangan sekurang-kurangnya dengan keputusan 2-0 untuk ke pusingan seterusnya. Lawan yang menanti di pusingan separuh akhir adalah Negeri Sembilan.

Baca juga: Piala AFC 2017: Boeungket Angkor FC 0 JDT 3, laporan dan video highlights

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: