Result JDT Vs Melaka

Piala Malaysia 2017: JDT 1 Melaka United 1, Seri Memadai Buat JDT Melangkah ke Separuh Akhir

Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menemukan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka United di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin. Perlawanan timbal balik ini menyaksikan pasukan JDT membawa bekalan selesa setelah menang 4-1 di Stadium Hang Jebat.

Ulisess Morais seperti biasa menampilkan formasi 4-3-3 buat anak buahnya. Bezanya kali ini, JDT menurunkan 100% pemain tempatan berbanding perlawanan sebelumnya. Natxo Insa diberi kepercayaan selaku kapten digandingkan bersama Nazmi Faiz dan Afiq Fazail untuk mengemudi bahagian tengah. Trio import dibahagian serangan yang direhatkan di ambil alih gandingan Hazwan Bakri, Darren Lok dan Safawi Rasid.

JDT line up vs Melaka

Dibarisan pertahanan pula, Aidil Zafuan digandingkan bersama Junior Eldstail sambil dibantu Azrif Nasrulhaq dan S. Kunalan manakala Haziq Nazli menjadi benteng terakhir buat JDT.

Untuk Melaka United peula, Eduardo Almeida juga menggunakan formasi 4-3-3 untuk mengejar kedudukan aggregat. Walaubagaimanapun ketiadaan Marco Simic yang mengalami kecederaan ketika menentang Perak tempoh hari sedikit merencatkan perancangan Almeida. Ketiadaan Simic meletakkan Fauzi Roslan selaku penyerang utama sambil dibantu De Souza dan bekas pemain JDT, Azinee Taib.

[AdSense-B]

Separuh Masa Pertama

JDT memulakan perlawan dengan bertukar-tukar hantaran bagi mengekalkan “ball possesion”. Peluang pertama buat JDT hadir pada minit ke-4. Walaubagaimanapun rembatan Safawi Rasid yang tersasar tidak membahayakan gawang Melaka.

Melaka yang cuba mengekang gerakan pasukan JDT sesekali melakukan serangan balas melalui hantaran jauh. Peluang buat Melaka hadir pada minit ke-8 namun hantaran lintang Felipe Souza dari sebelah kanan yang cuba disambar Fauzi Roslan ditumbuk keluar Haziq Nazli.

JDT memperolehi sepakan sudut pertama pada minit ke-9 dan diambil oleh Nazmi Faiz yang menyebabkann keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol dapat dikeluarkan oleh pertahanan Melaka dari kawasan bahaya.

Safawi vs Melaka

Minit ke-15 menyaksikan JDT memperolehi sepakan percuma dari sebelah kanan. Sepakan yang diambil Safawi Rasid gagal disambar Hazwan Bakri menyebabkan bola hanya melintas didepan gol.

Peluang terbaik buat JDT hadir pada minit ke-17 apabila Safawi yang menerima hantaran tinggi Afiq Fazail menggelecek dan berjaya memperdayakan Fazly Paat. Walaubagaimanapun sepakan tepatnya ke arah pintu gol berjaya di pintas Jasmin untuk menafikan gol buat JDT.

Gol pertama buat JDT akhirnya hadir pada minit ke-20 apabila Safawi yang membawa bola ke sebelah kiri melakukan “cutback” untu Darren Lok melakukan percubaan namun diselamatkan Fazly Paat. Bola muntah tersebut ditolak Hazwan Bakri untuk Nazmi Faiz menjaringkan gol pertama buat JDT dan menjadikan agrregat 5-1.

Nazmi Goal Celebration

JDT sekali lagi memperolehi sepakan percuma pada minit ke-25 setelah Safawi Rasid dijatuhkan di luar kotak penalti. Sepakan yang diambil Natxo Insa gagal disempurnakan rakan-rakan sepasukan.

Darren Lok mempunyai peluang terbaik pada minit ke-28 selepas menerima lorongan menarik daripada Natxo Insa. Walaubagaimanapun rembatan yang dilakukan Darren berjaya ditampan Fazly Paat.

Melaka mempunyai peluang pada minit ke-32 apabila kesilapan Nazmi yang membuat hantaran perlahan kepada Haziq Nazli cuba disambar Azinee Taib. Walaubagaimanapun kepantasan Haziq berjaya menyelamatkan gawang JDT walaupun terpaksa berlaga dengan Azinee. Perlagaan tersebut menyebabkan Azinee terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Jasmir Mehat.

[AdSense-B]

JDT sekali mempunyai peluang pada minit ke-36 apabila Safawi yang menerima lorongan Nazmi Faiz melakukan hantaran lintang namun perebutan Natxo Insa dan Darren Lok menyebabkan bola gagal menerjah jaring.

Melaka yang tidak berputus asa memperolehi peluang pada minit ke-40 apabila Jeon yang menerima hantaran tinggi Jasmir Mehat melakukan rembatan namun tersasar.

Kunalan Hand Ball

Melaka United akhirnya memperolehi sepakan penalti pada minit ke-43 apabila sepakan Jasmir Mehat yang cuba melakukan hantaran lintang terkena tangan S. Kunalan dalam kotak penalti. De Souza yang mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan Haziq Nazli untuk gol penyamaan Melaka United dan menjadikan aggregat 5-2.

Dua minit masa tambahan diberikan pegawai perlawanan gagal disempurnakan kedua-dua pasukan. 45 minit pertama berakhir dengan keputusan 1-1.

[AdSense-B]

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua bermula dengan Melaka United melakukan pertukaran dengan mengeluarkan penjaga gol mereka Fazly Paat dan digantikan oleh Badrulzaman Abdul Halim.

Percubaan pertama JDT dalam separuh masa kedua dimiliki oleh Safawi Rasid. Beliau yang melakukan ‘turning’ melakukan rembatan namun lemah dan tersasar di sebelah kanan gawang Melaka United.

Minit ke-50 menyaksikan Melaka mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Walaubagaimanapun rembatan Jeon yang menerima lorongan Fauzi Roslan jauh tersasar. Natxo Insa juga mempunyai peluang pada minit ke-54 namun rembatannya dari luar kotak penalti juga tersasar.

Natxo Insa vs Melaka

Melaka United dilihat memperkuatkan barisan pertahan mereka dengan melakukan “tight marking” terhadap pemain-pemain JDT. Barisan serangan JDT dilihat sukar untuk menembusi barisan pertahanan Melaka United.

Kesilapan Safawi menyebabkan Melaka United memperolehi peluang yang cuba disudahkan De Souza namun Haziq berjaya menepis pada minit ke- 59 dan memberi sepakan penjuru. Haziq Nazli sekali lagi bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan Jasmir yang menyambut sepakan penjuru.

Pertukaran pertama dilakukan JDT dengan memasukkan Gabriel Guerra untuk menggantikan Safawi. Sebaik masuk Guerra melakukan percubaan pada minit ke-60 namun bola hanya melintasi hadapan gawang Melaka United.

Kemasukan Guerra jelas merubah tempo serangan JDT melalui beberapa gerakan menarik beliau dan Natxo Insa. Guerra sekali lagi mempunyai peluang pada minit ke-68 namun rembatannya dari luar kotak penalti sedikit tinggi.

Guerra vs Melaka

JDT melakukan pertukaran kedua pada minit ke-69 dengan menggantikan Hazwan Bakri dengan Gonzalo Cabrerra. Kemasukan Cabrerra ini pastinya bagi meningkatkan usaha di barisan serangan JDT.

Melaka United yang tidak berputus asa sekali-sekala berjaya mengatur serangan. Fauzi Roslan berjaya melakukan hantaran lintang ke kawasan kotak penalti namun berjaya dikeluarkan pertahanan JDT yang sekaligus melakukan “counter attack” namun hantaran Guerra ¬†kepada Natxo Insa gagal disempurnakan.

[AdSense-B]

Cabrerra mempunyai peluang pada minit ke-79 selepas menggelecek masuk bola namun rembatannya tersasar. JDT mengeluarkan Darren Lok pada minit ke-80 dan memasukkan Azamdudin Akil untuk pertukaran terakhir.

Berbaki 10 minit masa perlawanan, pemain-pemain Melaka United mengekalkan disiplin bertahan dan menyukarkan pemain-pemain JDT melakukan serangan. Beberapa gerakan menarik juga gagal disudahkan barisan serangan JDT. Peluang terbaik JDT pada masa tambahan diperolehi Cabrerra namun rembatan kencangnya berjaya di sselamatkan Badrulzaman.

Gonzalo Cabrerra vs Melaka

JDT memperolehi peluang terakhir pada minit ke-90+4 apabila diberikan sepakan percuma. Sepakan Guerra yang berjaya melepasi benteng pertahanan berjaya diselamatkan Badrulzaman sekali lagi.

Perlawan berakhir dengan keputusan 1-1 buat kedua-dua pasukan. walaubagaimanapun JDT mengesahkan langkah ke separuh akhir melalui aggregat 5-2. JDT bakal bertemu Perak yang berjaya menumpaskan Pahang melalui aggregat 5-3 selepas menewaskan Pahang 4-0 di Ipoh

Baca Juga: Previu Piala Malaysia 2017: JDT vs Melaka United, JDT Mahu Meneruskan Perjuangan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: