Road To Final Piala Malaysia 2017 Suku Akhir

Piala Malaysia 2017: Perlawanan Suku Akhir JDT vs Melaka United Pada 15 Dan 24 September

Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam tadi, JDT berjaya menewaskan Selangor untuk menjadi juara kumpulan D dan seterusnya ke suku akhir menentang Melaka United selaku tempat kedua kumpulan C. Perlawanan malam kelmarin berkesudahan dengan keputusan JDT 3 dan Selangor 1.

[AdSense-B]

Menerusi kemaskini terkini jadual suku akhir Piala Malaysia 2017, telah ditetapkan pada 15 (Jumaat) dan 24  (Ahad) September ini. Perlawanan suku akhir pertama akan berlangsung di stadium Hang Jebat dan kemudian suku akhir kedua akan berlangsung di stadium Larkin.

Buat masa ini, perlawanan untuk siaran langsung belum ditentukan. Kami di semuanyaJDT.com berharap JDT akan berjaya melepasi peringkat suku akhir dan lawan di separuh akhir diantara Perak ataupun Pahang. Semoga maju jaya JDT kami.

[AdSense-B]

Baca juga: Analisa JDT vs Selangor : Kesan Positif 3 Pemain Tengah Yang Pertama Kali Digandingkan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: