Jdt Vs Selangor Izham 1

Analisa JDT vs Selangor : Kesan Positif 3 Pemain Tengah Yang Pertama Kali Digandingkan

Pada 9 September 2017, ianya merupakan perlawanan pertama bagi pasukan tempatan selepas cuti lama ekoran temasya Sukan Sea 2017 yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Pada hari tersebut telah berlakunya perlawanan daripada pasukan JDT menentang Selangor di Larkin, Johor untuk Piala Malaysia pada tahun ini.

Dan semestinya perlawanan ini merupakan perlawanan yang hangat bagi sesetengah penyokong bolasepak kerana Selangor merupakan antara pasukan yang banyak melakukan cabaran dan kesukaran kepada JDT pada perlawanan sebelum ini keranan Selangor pernah mengalahkan JDT di Stadium Selayang tempoh hari.

[AdSense-B]

Kami krew Semuanya JDT telah datang ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin bagi menyaksikan perlawanan yang panas dan ada segelintir penyokong JDT menggelarkan perlawanan ini adalah perlawanan balas dendam ekoran kekalahan JDT di Stadium Selayang tempoh hari.

Pada perlawanan ini, JDT perlu memenangi ke atas Selangor untuk bergelar juara Kumpulan dan seterusnya dapat bertemu pasukan Melaka United pada peringkat seterusnya.

Permulaan

jdt vs selangor kesebelasan utama

Kedua-dua pasukan telah menurunkan skuad pilihan utama mereka dan mempunyai matlamat mereka tersendiri iaitu Selangor akan meleburkan rekod tanpa kalah JDT di laman mereka sendiri.

Manakala JDT pula mempunyai misi membalas dendam terhadap pasukan Selangor FA dan seterusnya dapat mengekalkan rekod tanpa kalah mereka.

JDT bermain dengan formasi 4-3-3 dan jurulatih JDT, Ullises Morais buat pertama kali dalam kesebelasan utamanya, menurunkan menurunkan Gary Steven Robbat sebagai pivot dalam sistem 4-3-3 ini membantu  Natxo Insa dan Nazmi Faiz Mansor di WA mereka.

Morais mengarahkan Natxo dan Nazmi bermain dengan sistem “double 8” bagi memberi support kepada bahagian serangan.

Dengan ketiadaan Marcos di bahagian pertahanan, Junior Eldstal menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Marcos dan bergandingan bersama Fadhli Shas. Di bahagian serangan seprrti biasa Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra akan diletakkan di bahagian halfspace dan Mohamad Ghaddar akan menjadi “spearhead” kepada serangan JDT.

3-5-2 tidak menjadi di Larkin

Pada perlawanan ini, Selangor banyak melakukan serangan terus ke bahagian serangan mereka dan banyak mengharapkan Rufino Segovia yang dijadikan target man dalam sistem 3-5-2 mereka.

Selangor banyak melakukan long ball ke arah wide area dengan menjadikan Andik Vermanshah dan Amri Yahya sebagai focal point serangan dari bahagian flanker.

[AdSense-B]

Defend Selangor agak longgar pada perlawanan ini dan Razman Roslan agak tidak menjadi pada perlawanan ini kerana di tempat beliau kerap kali bocor dan berjaya melepasi dengan mudah dengan gerakan licik oleh Gonzalo Cabrera di bahagian tersebut.

Manakala Ugo Ukah dan Adam Nor Azlin berjaya mengekang serangan terutamanya di bahagian aerial duels.

JDT bersemangat untuk mendapatkan gol awal

JDT memulakan perlawanan ini dengan semangat yang tinggi dan ingin mencari gol awal pada perlawanan ini. Mereka banyak melakukan high pressing terhadap Selangor dan taktik ini berjaya memberi kesukaran kepada Selangor kerana pemain Selangor agak gopoh apabila diberikan pressing terhadap mereka.

Oleh kerana Selangor diberikan pressing yang agak berat, jurulatih Selangor terpaksa mengarahkan pemain mereka untuk drop deep ke kawasan mereka bagi mendapatkan bola dan support kepada rakan mereka.

Gary menurunkan aksi yang mengagumkan sebagai Pivot

Pada perlawanan ini, kita dapat melihat dengan kredibiliti yang ada pada Gary Steven Robbat yang beliau jarang sekali mendapat tempat kesebelasan utama pada pasukan JDT. Beliau dapat mengekang serangan yang dilancarkan oleh Selangor dan dapat merencanakan serangan build up dari beliau dengan vision nya yang tinggi di dalam sistem ini.

[AdSense-B]

Jelas pada perlawanan ini beliau dapat memberi kesenangan kepada Natxo dan Nazmi untuk melakukan serangan dengan senang tanpa perlu ada rasa risau terhadap diri mereka. Dengan aksi yang mengagumkan oleh Gary, kemungkinan beliau juga dapat diturunkan pada perlawanan JDT yang akan datang.

Guerra agak isolated

jdt vs selangor guerra

Ketika perlawanan ini dilangsungkan, Gabriel Guerra seolah olah tidak memberi banyak impak kepada pasukan JDT. Ini kerana dengan ketangkasan Adam Nor Azlin yang berjaya memberi marking yang baik kepada beliau, Adam dapat melenyapkan kehadiran Guerra di dalam sistem 4-3-3 JDT.

Performance beliau pada perlawanan agak merudum dan tidak memberangsangkan justeru memberi kerisauan kepada penyokong JDT. Guerra tidak banyak memberikan bola kepada rakan beliau dan banyak melakukan solo effort ke kubu Selangor.

Kesimpulan

Ternyata kemenangan ini merupakan kemenangan yang agak manis kepada penyokong JDT kerana mereka dapat membalas dendam kekalahan mereka ke atas Selangor. Pasukan Selangor juga dapat memberikan saingan yang hebat dan juga banyak memberikan kesukaran terhadap pertahanan JDT.

[AdSense-B]

Ianya jelas dapat membantu Morais melihat apa segala kesilapan dan kesalahan yang timbul pada perlawanan ini dan dapat membaiki masalah ini pada pasukan JDT.

Dengan kemenangan ke atas Selangor, JDT dapat menjuarai di peringkat Kumpulan dan dapat bertemu dengan pasukan Melaka United pada pusingan seterusnya.

Pemain terbaik perlawanan

Natxo Insa

jdt vs selangor natxo

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Piala Malaysia 2017, Johor DT 3 Selangor 1

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: