Previu Perlawanan Felda Away

Previu Liga Super 2017: Felda United vs JDT, Sathianathan vs Morais Sajikan Dua Menu Berbeza

Malam esok bakal menjadi perlawanan tumpuan penyokong JDT dan Pahang. Pertarungan kali ini bakal menyaksikan dua ‘genius’ di antara B.Sathianathan dan Ulisses Morais yang memegang falsafah bolasepak ‘possession’ dan ‘counterattack’.

Dua perlawanan akhir yang bakal menentukan kedudukan Felda United yang giat mencabar kedudukan liga. Berbeza dengan JDT, penulis menjangkakan sekali lagi bakal menurunkan barisan ‘second string’ untuk berhadapan pasukan kaya ini.

JDT ‘ULTRA OFFENSIVE’

Salah satu pendekatan yang digemari Ulisses Morais adalah sistem serangan dalam unit pemain yang sangat ramai sepertimana pernah diperagakan Mario Gomez suatu ketika dahulu. Beliau bakal menggunakan sistem ‘overloading’, iaitu memaksimumkan seramai mungkin pemain di dalam ‘D Box’.

liga super 2016 jorge pereyra diaz

Secara asasnya serangan mereka lebih bergantung kepada sejauh mana persembahan pemain tengah mereka. Ini kerana jika ‘enjin’ di tengah mati, maka gagal lah percubaan JDT untuk bermain sedemikian rupa.

Apa yang boleh kita jangka kan JDT cuma mempunyai seorang atau dua orang pemain sahaja yang ‘rigidal’. Yang lain adalah bebas.

Jika rakan-rakan mereka gagal mengisi sesuatu platform penting ketika rakan lain bermain di platform baru, maka sudah pasti kita akan melihat JDT bakal bergelut seperti yang ditunjukkan sewaktu menentang Pahang di separuh akhir pertama Piala FA 2017.

Ulisses Morais mungkin sekali lagi bakal menggandingkan gandingan Hazwan Bakri dan Darren Lok yang bakal dibantu Safawi Rasid.

Safawi vs Melaka

JDT mempunyai sumber kreativiti yang luar biasa di tengah. Dengan Natxo Insa yang berjaya mencipta ‘chemistry’ dengan sesiapa sahaja pemain tengah yang lain sama ada Safiq Rahim, Nazmi Faiz Mansor ataupun Amirul Hadi Zainal menjadi satu kelebihan untuk JDT.

Dua pemain mereka, Safiq dan Natxo merupakan antara pemain tengah di Liga Super Malaysia yang sedang menikmati prestasi yang cukup menakjubkan.

Umum mengetahui keupayaan pemain tengah Felda United tidak segah kualiti pemain tengah JDT. Mereka meletakkan Stuart Wark untuk bermain peranan no.6 dan hasilnya sangat memuaskan kerana beliau menjadi punca pihak lawan kadang-kadang menjadi geram kerana sukar untuk menembusi kawalan beliau.

‘FAST AND FURIOUS’ FELDA UNITED

Penulis merasakan Felda United bakal menggunakan kepantasan dan kelicikan bekas pemain JDT dan Kelantan, Hadin Azman dan Wan Zack Haikal untuk melakukan ‘crossing’ dan ‘cut inside’ ke dalam ‘D Box’.

Pemain yang sentiasa menjadi ‘duri dalam daging’ pasukan JDT, Zah Rahan pasti terus ditagih sebagai seorang ‘target man’ memandangkan JDT tidak mempunyai seorang pertahanan tengah yang laju yang boleh menyaingi kemampuan Zah.

felda united afc cup

B.Sathianathan juga memiliki unit tengah yang bertenaga walaupun tidak sekualiti pemain tengah JDT seperti Curran Ferns, bekas pemain JDT II dan Daniel Amir.

Dan baru-baru ini Felda United berjaya melakukan ‘real comeback’ di dalam kempen Piala Malaysia dan rentak itu pasti mahu diteruskan B.Sathianathan dengan Thiago Augusto sudah pasti akan memastikan beliau tidak diasingkan daripada rantaian pasukan beliau.

SIAPA YANG AKAN MENANG?

Morais sudah pasti mahu melebarkan rekod pertemuan JDT dengan Felda United. Dalam perlawanan terakhir di Stadium Larkin menyaksikan bagaimana JDT mudah mengawal setiap genap sudut penjuru perlawanan.

Dari aspek taktikal hingga ke penggiliran pemain atau pemilian pemain, jelas menunjukkan JDT berada dikelas tersendiri. Felda United? Walaupun bergelut dengan prestasi semasa, namun kemenangan keatas PKNP ketika aksi Suku Akhir Piala Malaysia menjadi tonik untuk meneruskan perjuangan

Pemain Pilihan

JDT : Natxo Insa

MALAYSIA. Johor Bahru: JDT’s player Natxo Insa Bohigues celebrates his goal during Malaysia Cup match between JDT and Sarawak at Larkin Stadium on July 4th, 2017. Photo by Nizam Rahman – www.asiana.my

Ketiadaan Safiq untuk beberapa perlawanan sejak-sejak akhir ni memberikan Natxo “full coverage” sebagai playmaker di bahagian middle third padang.  Walaupun dia agak tenggelam pada aksi-aksi sebelum ini, namun Natxo sentiasa memberikan ruang kepada Gary untuk lebih membuat kerja sebagai deep lying playmaker dan pivot.

Felda United : Stuart Wark

Pemusnah unit serangan pasukan lawan sentiasa menjadi sebutan antara pemain yang menyerlah membantu unit pertahanan dalam membentuk satu “wall” yang lebih kukuh di final third. Stuart sentiasa menjadi igauan kepada unut serangan JDT. Harap Morais kena lebih kreatif dengan serangan bertiga.

Baca juga: Bermain Untuk JDT Bagi Musim 2018? Kenapa Tidak – Adib Zainuddin


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: