Adib Zainuddin

Bermain Untuk JDT Bagi Musim 2018? Kenapa Tidak – Adib Zainuddin

Memetik berita ‘online’ dari Sinar Online, kapten bawah 22 tahun Malaysia, Muhammad Adib Zainuddin tidak menolak kemungkinan bakal menyarung jersi juara Liga Super empat musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekiranya mendapat tawaran kelab itu.

Tambah Adib lagi, kesemua pemain bolasepak pastinya mahu beraksi bersama Harimau Selatan itu.

‘Saya memang mengharapkan ada tawaran dari JDT kerana saya boleh balik ke negeri kelahiran saya’.

[AdSense-B]

SEMUA PEMAIN MAHU BERMAIN BERSAMA JDT

Menurut Adib, mana-mana pemain sekalipun pasti mahu beraksi bersama JDT kerana mereka ada fasiliti yang terbaik.

adib zainuddin

FOKUS BERSAMA FELCRA FC

Bagaimanapun Adib tidak mahu terburu-buru sebaliknya akan mendapatkan pandangan pemain senior dan juga jurulatihnya sebelum membuat sebarang keputusan berhijrah ke kelab lain.

[AdSense-B]

Mengulas mengenai prestasi kelabnya, Adib melaungkan keyakinan kelab yang sedang beraksi di suku akhir Liga FAM itu mampu dipromosikan ke Liga Perdana musim depan.

Adib merupakan bekas pemain presiden Johor. Mungkin sudah tiba masanya Adib menabur bakti di negeri kelahiran beliau sendiri.

Baca juga: Piala Malaysia 2017: Perak Tidak Gentar Jumpa JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: