Safiq Rahim Kapten Harimau Malaya

Safiq Rahim Tetap Kapten Harimau Malaya

Kedudukan Safiq Rahim sebagai kapten Harimau Malaya tidak terjejas biarpun dibayangi kontroversi kerana mengeluarkan kata-kata kesat selepas tamat final Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Nelo Vingada menyifatkan perbuatan bintang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan dan mengingatkan Safiq agar tidak mengulanginya.

[AdSense-B]

Pengendali kelahiran Portugal itu juga menegaskan, pemain berusia 30 tahun tersebut tetap watak penting buat Malaysia apabila menentang Korea Utara dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November ini biarpun digantung satu perlawanan.

safiq rahim 1

“Mungkin disebabkan terlalu gembira sehingga dia secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata sebegitu. Perbuatan itu memang salah tetapi pemain profesional lain di peringkat antarabangsa juga pernah melakukan kesilapan seperti ini.

[AdSense-B]

“Jadi bagi saya…dia perlu belajar daripada kesilapan dan tidak mengulangi lagi,” ujarnya kepada pemberita.

Sumber: Utusan

Baca juga: Mari Undi Jaringan Nazmi Faiz Untuk Allianz Gol Terbaik Piala AFC 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: