Mahali Jasuli Pkns Fc

Mahali Jasuli Mahu Buka ‘Buku Baru’

Mahali Jasuli menganggap penghijrahannya ke PKNS FC musim ini sebagai membuka ‘buku baharu’, sekali gus berharap dapat melonjakkan kembali prestasinya yang agak merosot kebelakangan ini.

Mahali yang melengkapkan perpindahan secara pinjaman dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) awal minggu ini, berkata dia memang memerlukan suasana serta cabaran baru selepas empat tahun bersama skuad Harimau Selatan.

[AdSense-B]

“Selepas mengalami kecederaan lutut serius pada 2016 yang memaksa saya berehat selama tiga bulan, saya mendapati payah untuk mendapatkan semula sentuhan walaupun sudah pulih sepenuhnya.

“Apatah lagi dengan saingan dalam kalangan pemain JDT yang begitu hebat, situasi menjadi lebih sukar untuk saya mendapatkan tempat dalam barisan utama.

mahali dipinjamkan ke pkns fc

“Justeru, bila JDT bersedia memberi peluang untuk saya bermain dengan pasukan lain secara pinjaman, saya sangat menghargainya serta berterima kasih kepada kelab itu.

“Saya berharap dengan perpindahan ke PKNS ini, saya akan mendapat lebih banyak peluang bermain kerana hanya dengan cara itu saya dapat mengembalikan prestasi,” kata Mahali.

[AdSense-B]

Walau bagaimanapun pemain itu mengakui dia tetap perlu bekerja keras untuk menagih kepercayaan jurulatih skuad Semut Merah, Datuk K Rajagobal.

Cuma, menurut Mahali Jasuli pengalaman bekerja di bawah bekas pengendali skuad kebangsaan itu semasa membantu skuad negara menjulang Piala Suzuki AFF pada 2010 menjadi ‘bonus’ kepadanya.

JDT 4 Global FC 0 mahali jasuli

“Saya dibimbing oleh Rajagobal sejak bersama skuad Bawah 18 dan 19 tahun negara. Malah, beliau juga yang memberi saya peluang mewakili skuad utama kebangsaan di Piala Suzuki 2010.

“Jadi, kami sudah saling mengenali cara masing-masing. Beliau tahu apa kelebihan serta sejauh mana kemampuan saya sebagai pemain. Saya gembira dapat berguru semula dengan beliau.

[AdSense-B]

“Begitu pun ia bukan jaminan atau jalan pintas untuk saya dapatkan tempat. Saya tetap perlu bekerja keras kerana saingan dalam pasukan PKNS juga tidak kurang hebatnya,” ujar Mahali yang bertekad membantu kelab itu mencipta pencapaian terbaik musim ini.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Marcote: Menentang JDT Bukan Misi Balas Dendam

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: