Three Young Nerds With Thinking Caps

Ibu Bapa Harus Cuba 5 Benda Mudah Ni Tapi Boleh Tingatkan Kepandaian Anak

Taufiq Razif seorang doktor yang sentiasa menulis tentang parenting pada kali ini berkongsi tentang cara menaikkan kepandaian anak. Memetik dalam blog beliau :

Tulisan saya dalam ni hampir kesemuanya berdasarkan kajian dan fakta yang sahih kerana pengalaman saya dalam bidang perubatan membuatkan saya sangat berhati-hati menyebarkan sesuatu tanpa sumber yang sahih. Nikmati ilmu parenting, rumahtangga, penulisan, bisnes dan kesihatan

Jadi jangan lupa kongsikan ilmu ni semua pada yang lain juga ye. Tulisan beliau juga boleh didapati dari Telegram beliau di ▶ t.me/NotaTaufiqRazif

Nah, sekang dikongsikan :

5 benda simple tapi boleh naikkan kepandaian anak

1. Kurangkan makan yang bergula tinggi

2. Jauhi jajan & minuman berkarbonat

Setiap jenis minuman berkarbonat mengandungi jumlah kandungan gula yang berbeza mengikut jenis dan jenama. Maka, lebih kurang sebanyak 6 hingga 9 sudu teh gula akan terus masuk dan memenuhi sistem badan kita.

Ia menghampiri jumlah had pengambilan gula had seperti yang disarankan. Saranan terbaik pengambilan gula harian adalah sebanyak 10 sudu teh, bersamaan dengan 1/4 cawan atau 50 gram gula.

Walaupun tinggi kandungan gula, kitatidak akan terasa terlalu manis pada air minuman tersebut kerana terdapat kandungan asid fosforik dan perasa tambahan yang menstabilkan rasa manisnya.

  • Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi tak ada nilai nutrisi.
  • Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.
  • Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan kepada IQ kanak-kanak.
  • Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Kesannya? Seumur hidup!

3. Banyakkan sentuhan, pelukan dan ciuman

Perkara ini tentunya akan menaikkan motivasi dan keyakinan kepada anak bahawa ibu bapa sangat menghargai dirinya.

4. Kurangkan kritikan

Kritikan selalunya membuatkan anak rasa ‘down’. Jadi, gantikan kritikan dengan motivasi dan cadangan kepada mereka.

5. Banyakkan kata pujian

Paling mudah. Setiap perkara baik berikan pujian. Kesalahan yang dilakukan juga boleh diganti dengan pujian bukan kemarahan ya ! Jangan pelik kalau skor peperiksaan anak tiba-tiba meningkat lepas dah amal benda ni ya …

#notaparentingTaufiqRazif,

Like & Share Ya !

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *