100 Perlawanan

12 Statistik Menarik Selepas Perlawanan Ke-100 JDT Di Stadium Larkin

Perlawanan di antara JDT dan Selangor kelmarin merupakan perlawanan yang ke-100 berlangsung di stadium Larkin semenjak dijenamakan semula pada tahun 2013. Kami senaraikan 12 statistik yang paling menarik selepas genap 100 perlawanan yang berlangsung di stadium keramat JDT ini.

1- 77 kemenangan dicatatkan di stadium Larkin. Kiraan ini termasuk kemenangan percuma 3-0 ke atas T-Team.

2- Hanya 4 kekalahan dicatatkan di stadium Larkin. Ini bermakna hanya 4 pasukan pernah menang disini iaitu Selangor (Piala FA 2013), T-Team (Piala Malaysia 2013), PKNS FC (Piala Malaysia 2013) dan Felda United (Piala Malaysia 2015).

[AdSense-B]

3- Baki 19 perlawanan adalah berkesudahan seri

4- Selepas kekalahan dengan Felda United (Piala Malaysia 2015), JDT mencatatkan 42 perlawanan tanpa kalah di stadium Larkin. Statistik ini masih lagi berjalan.

5- Pada waktu ini, JDT mencatatkan 16 kemenangan berturut-turut di stadium Larkin ini dalam semua kejohanan. Statistik ini masih lagi berjalan.

6- Secara keseluruhan, 255 gol diperolehi oleh JDT. Kiraan ini termasuk 5 gol sendiri dari pasukan lawan dan 3 gol hasil kemenangan percuma 3-0 ke atas T-Team.

[AdSense-B]

7- Hanya 76 gol terpaksa dilepaskan oleh JDT. Kiraan ini mengambil kira kemenangan percuma 3-0 ke atas T-Team.

8- 42 perlawanan berkesudahan dengan gawang gol JDT tidak dibolosi.

9- Safiq Rahim merupakan penjaring JDT terbanyak di Stadium Larkin dengan 38 gol.

t-team vs jdt safiq rahim

10- Pahang dan Perak adalah 2 pasukan yang paling banyak berkunjung ke stadium Larkin dengan 8 kali perlawanan. JDT menang 7 kali dan seri sekali menentang Perak. Manakala menentang Pahang, JDT menang 6 kali dan seri 2 kali.

11- JDT mencatatkan 100% kemenangan di stadium Larkin keatas 18 pasukan iaitu Ayeyawady United (2/2), Balestier Khalsa (1/1), Beoungket Angkor (1/1), Ceres FC (1/1), East Bengal (1/1), Global FC (1/1), Kaya FC (1/1), Kelantan (6/6), Kitchee FC (1/1), Loa Toyota (1/1), Magwe FC (1/1), Melaka United (1/1), Negeri Sembilan (2/2), PDRM (4/4), Pulau Pinang (3/3), Sime Darby (2/2), Terengganu (6/6) dan Uitm FC (1/1).

[AdSense-B]

12- 12 pasukan dari 7 negara telah berkunjung ke stadium Larkin iaitu Ayeyawady United (Myanmar), Balestier Khalsa (Singapura), Bengaluru FC (India), Boeungket Angkor (Kemboja), Ceres FC (Filipina), East Bengal (India), Global FC (Filipina), Kaya FC (Filipina), Kitchee FC (Hong Kong), Loa Toyota (Laos), Magwe FC (Myanmar) dan South China SC (Hong Kong).

Baca juga: Piala Malaysia 2017: Perlawanan Suku Akhir JDT vs Melaka United Pada 15 Dan 24 September

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: