4 Sebab Sesetengah Penyokong JDT Tidak Bersetuju Dengan Perpindahan Ghaddar
Semua sedia maklum yang Muhammad Ghaddar telah sah berpindah ke JDT. Ada beberapa penyokong yang setuju dan ada juga yang tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh TMJ ini. Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan tentang kenapa penyokong tidak setuju dengan permindahan pemain ini.
1- Provokasi dan hinaan terhadap JDT akan berlarutan.
Salah satu sebab membolehkan perpindahan ini berlaku apabila FAM membenarkan pemain import berpindah dalam pasukan yang lain dalam Malaysia pada perpindahan kedua musim ini.
Mereka merasakan perubahan ini sepatutnya diberitahu sebelum liga bermula. Ia boleh merosakan keharmonian pasukan dan seterusnya membunuh pasukan mereka. Tetapi mereka lupa yang jika JDT tidak membeli, mereka pun tidak akan merasa LEO MESSI LUBNAN.
2- Masih mengharapkan Diaz untuk bergandingan dengan Guerra
Jorge Pereyra Diaz adalah pemain import JDT yang sangat disayangi oleh penyokong JDT walaupun mempunyai masalah dengan pihak pengurusan JDT. Malah, masih ada yang berharap yang Diaz akan kembali menyarungkan jersi Harimau Selatan semula walaupun TMJ ada beritahu yang DIAZ tidak ada dalam radar JDT.
3- Sudah tua dan terlalu mahal untuk jangka masa pendek
Kami masih ingat bahawa persatuan hanya akan membeli import yang muda dan mempunyai pulangan pada masa hadapan. Persatuan juga akan melakukan langkah berjimat untuk musim ini.
Jadi, bagi sesetengah penyokong yang tidak menyokong pembelian ini kerana ia bercanggah dengan kenyataan yang pihak persatuan keluarkan sendiri. Dengan menamatkan kontrak seorang pemain import dan mengeluarkan 1.4 juta ringgit ke atas Ghaddar, persatuan akan berbelanja lagi dan bukannya berjimat.
Bagi kami tiada istilah pembelian untuk membantu kelab sebenarnya. Setiap pasukan pastinya ada cara untuk menguruskan kewangan mereka sendiri. Jika mereka dapat sumber kewangan dari menjual pemain mereka sendiri, adakah ada jaminan mereka akan menjelaskan semua bayaran tertonggak mereka? Pastinya, import baru juga akan dibawa masuk.
4- Tidak bersesuaian dengan falsafah JDT
Kami bukan lah arif sangat dengan taktikal bola sepak. Cuma Ghaddar seorang targetman berlainan dangan corak permainan JDT sekarang ini. Untuk ringkasan boleh baca post dibawah ini:
Empat perkara ini banyak diperkatakan di media sosial. Tetapi, kami masih percaya apa yang TMJ lakukan pastinya untuk kebaikkan kelab JDT cuma ia adalah kebiasaan apabila penyokong tidak dapat menerima sesuatu keputusan dari pihak persatuan.
Moga dengan kecemerlangan Ghaddar mengetuai jentera serangan JDT akan membuatkan mereka menerima apa yang persatuan lakukan sekarang ini. Akhir kata, Keep it up BOSS!
Baca juga: Selamat Datang ke JDT, Mohammed Ghaddar.