Selamat Datang Ghaddar C

Selamat Datang ke JDT, Mohammed Ghaddar.

Lima jam yang lepas, maka sahlah Mohammed Ghaddar telah berpindah ke JDT dari kelab lamanya iaitu Kelantan. Satu pengumuman rasmi telah dibuat di laman fanpage Johor Southern Tigers. Dikhabarkan yuran perpindahan Ghaddar adalah 1.4 juta ringgit.

Ghaddar akan memakai jersi bernombor 22 yang dimiliki oleh Gabriel Guerra. Jika proses pendaftaran berjalan lancar, Mohammed Ghaddar dijangka akan melakukan penampilan pertama bersama JDT ketika menentang PKNS FC pada Rabu hadapan.

Selamat datang Ghaddar jersi

Untuk saingan Piala AFC, Mohammed Ghaddar hanya boleh didaftarkan sekiranya JDT berjaya melepasi peringkat akhir zonal zon Asean. Ini kerana pendaftaran pemain hanya boleh dibuat selepas tamat peringkat tersebut.

Kami berharap agar Mohammed Ghaddar dapat cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan JDT dan mencari keserasi dengan semua pemain dengan secepat mungkin. Rekod jaringan masih perlu dipertahanankan dan membantu JDT untuk terus kekal di persada Liga Super.

Akhir kata, kami ucapkan selamat menerajui barisan serangan JDT dan selamat menjadi keluarga JDT.

Baca juga: Highlight: JDT 3 Ceres FC 2, Bekalan Tipis dibawa ke Filipina

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: