2

5 Tabiat Merosakkan Kulit Muka, Nombor 3 Ni Mesti Korang Buat Tapi Tak Perasan

Terlalu sibuk dengan kerjaya? Tak sempat nak belek dan jaga wajah? Jangan malas dan selalu beri alasan kerana aktiviti kamu sehari-hari sebenarnya boleh merosakkan kulit dan buat wajah nampak lebih tua daripada usia.

Memiliki kulit bersih dan berseri sememangnya menjadi impian setiap individu tidak kiralah lelaki ataupun perempuan. Kulit yang cantik membuat individu kelihatan lebih rapi dan secara tidak langsung membantu menaikkan keyakinan diri.

Namun begitu, pernah tak anda terfikir kenapa muka sering berjerawat walaupun sudah menjaga rutin penjagaan kulit? Sebenarnya tanpa anda sedar, ada beberapa tabiat kecil yang akan memberi kesan pada wajah anda.  Diantaranya ialah :

#1 Suka Picit Jerawat

Tahap tekanan yang kronik boleh memberikan kesan sampingan daripada saingan pasaran kerja dan sentiasa dihubungi 24/7 membuatkan otak membebaskan neuropeptida yang menyebabkan pipi  kemerahan dan sensitif. Selain itu, tubuh membebaskan lebihan hormon androgen yang menyebabkan jerawat. Antara sebab menyebabkan kulit mempunyai parut dan cela adalah kerana anda suka picit jerawat. Memang geram setiap kali melihat jerawat di muka tapi kena sabar dan tahan diri sendiri tau!

#2 Cuci Make – Up Tak Bersih

Ye, memang anda mengikut rutin penjagaan muka dengan betul, tetapi ada kemungkinan cucian anda tidak bersih dan akhirnya kotoran yang masih tertinggal akan menyebabkan liang roma tersumbat.

#3 Menongkat Dagu

Ini salah satu sebab yang ramai tak perasan kenapa muka boleh ada jerawat, tabiat suka menongkat dagu dan pegang muka membuat kulit muka kita senang dijangkiti kuman. Cuba bayangkan berapa banyak bakteria yang melekat pada tapak tangan anda!

#4 Biarkan Rambut Berminyak

Tanpa sedar, rambut berminyak juga menjadi salah satu punca muka kita kotor dan akhirnya keluar jerawat. Jadi, jangan fokus penjagaan untuk muka sahaja ya, rambut pun anda kena beri perhatian juga.

#5 Tak Cuci Muka

Letakkan azam dalam hati supaya jangan malas nak cuci muka dengan menggunakan produk yang sesuai. Jangan malas juga untuk ikut rutin penjagaan setiap pagi dan malam sebelum tidur. Kalau nak cantik kenalah rajin sikit ya.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: