7 Sebab Hilangnya Rezeki Seseorang

7 Sebab Hilangnya Rezeki Seseorang Itu, Nampak Macam Biasa Tapi Ramai Selalu Buat

Ramai dalam kalangan kita masih tidak perasan bahawa sekecil-kecil perkara sebenarnya boleh menyebabkan punca rezeki sempit. Bukan hanya tidak bersedekah sahaja tetapi ada beberapa sebab lain juga.

Jadi, untuk anda mengetahui punca yang lain, di bawah ini ada 7 sebab hilang rezeki seseorang itu. Jom baca penulisan ini sehingga habis.

7 PUNCA REZEKI SEMPIT & TAK CUKUP, RAMAI YANG TAK PERASAN

Betapa ruginya keringat selama ini andai perkara semudah dan seberkat ini disia-siakan.

1. Sering bergaduh

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lebih-lebih lagi soal duit. Berbincang dan carilah persefahaman. Bila pasangan tidak reda antara satu sama lain, di situlah puncanya rezeki tersekat.

2. Sering merungut & rasa terbeban

Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap mereka adalah rezeki Allah SWT. Sebagai ibu bapa, usahakanlah rezeki untuk mereka tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Sering mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki

Perbanyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki, bukannya mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki. Tidak kira banyak atau sedikit yang dimiliki bersyukurlah kerana syukur itu adalah kunci kepada segala rezeki.

4. Kedekut & berkira

Janganlah terlalu berkira dalam perkara-perkara yang baik untuk keluarga. Perlulah bertolak ansur dan membentuk persefahaman sesama pasangan kerana rezeki yang Allah SWT berikan adalah untuk dikongsikan.

5. Gagal kawal emosi & amarah

Janganlah sesekali meninggikan suara, dan gunakanlah kata-kata yang terbaik sahaja sesama suami, isteri dan anak-anak. Buangkan cara yang menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan sifat dan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang sabar

Adakalanya kita perlu menerima dan mengakui sesuatu walaupun ianya tidak disukai. Fahamilah keadaan, memberi dan menerima pendapat secara baik. Bersabarlah dengan kerenah suami, isteri dan anak-anak kerana sabar itu menjemput rezeki.

7. Kurang berdoa

Sentiasalah ucapkan perkataan yang baik kerana setiap kata adalah doa. Berdoalah yang terbaik untuk suami, isteri dan anak-anak. Ingatilah mereka dalam setiap doa di sepanjang masa kerana kuasa doa adalah luar biasa dan tidak pernah dijangka.

Bekerjalah kerana Allah bukan kerana manusia, kerana manusia juga mengharapkan rezeki dari Allah SWT.

Sumber: Facebook Nur Zyella Mahdi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: