Kalau Nak Bedung Bayi Kena Bedung Elok-Elok Supaya Tak Alami ‘Hyp Dysplasia’!
Menjadi kebiasaan bagi mak-mak untuk bedung bayi yang baru lahir atau masih kecil menggunakan kain batik atau kain bedung khas. Malah, membedung bayi ini dikategorikan sebagai ‘wajib’ supaya tangan dan kaki bayi tidak ke sana dan ke sini serta sebagai langkah berjaga-jaga supaya mereka tidak jalan kengkang. Tapi betul ke jadi punca?
Berikut merupakan penjelasan dari Dr. Nimelesh di laman Twitternya mengenai teknik bedung bayi dengan betul. Kalau bedung pun salah, macam mana nak elak anak dari berjalan kengkang bukan?
“KALAU NAK BEDUNG BAYI, BEDUNG DENGAN BETUL!”
Kerap kali saya berjumpa ibu bapa yang membedung anaknya dengan ketat sekali. Bila ditanya, “Alaa Doktor kalau tak bedung, nanti bila besar akan jalan kengkang”
Inilah alasan yang diberi oleh mereka. Bukan sahaja di Kota Tinggi, masa i buat attachment Housemanship (Paeds Orthopedik) kat HKL pun dengar benda yang sama. Ini adalah tidak benar sama sekali. Tiada masalah untuk bedung bayi. Pada pendapat saya ada banyak kebaikan bedung bayi:
– Bayi akan berasa lebih selamat
– Bayi akan berasa lebih tenang dan selesa
– Bedung dapat mengekalkan suhu badan bayi dan baby tak akan rasa sejuk
– Bedung dapat membantu bayi untuk tidur dengan lena dan lebih lama tanpa gangguan
– Bedung dapat mengurangkan risiko SIDS kerana bayi akan berada pada posisi terlentang semasa tidur.
Tetapi apa yang berlaku sekiranya anda bedung dengan salah?
Maksud salah adalah – Bayi dibedung dengan ketat di bahagian pinggul dan kaki. Ini boleh menyebabkan masalah pada sendi paha dan pinggulnya – dipanggil sebagai “hip dysplasia”.
Menurut statistik, 1-2 bayi dalam 1000 bayi akan mengalami “Hip Dysplasia”. Tanda-tanda hip dysplasia pada bayi adalah sendi pinggul yang bergerak secara berbeza dari sendi lain, dan kaki mungkin kelihatan lebih pendek daripada yang lain.
Kadang-kala, tanda-tanda ini susah dikenal pasti dan apabila dikenal pasti-ia mungkin sudah lambat di mana pembedahan perlu dilakukan. (Amat penting untuk pastikan tak tinggal appointment biasa bayi di klinik, kerana masa check up, kami akan check semua ni termasuk pinggul bayi)
Ada yang hanya dapat tahu anaknya ada “hip dysplasia” apabila anak mula nak berjalan. Sebab itu amat penting untuk anda membedung anak dengan cara yang betul. Biarkan ada ruang untuk kaki bayi bergerak. Ini I share teknik dia :
Masa nak beli kerusi kereta bayi atau baby carrier pun kena pilih betul betul. INGAT YE, JANGAN TINGGALKAN TEMU JANJI KLINIK. Hentikan Mindset “Oh Bawa klinik untuk cucuk, lepas tu balik”.
*Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sayangi pinggul bayi anda.
Sumber: Twitter @Dr.Nimelesh