Tanda Kanser Payudara Mammogram

Inilah 9 Tanda Kanser Payudara. Adakah Anda Termasuk 5 Golongan Yang Berisiko?

Tanda Kanser Payudara

Kanser payudara adalah penyakit merbahaya yang boleh membawa maut. Ianya terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak dan menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Semua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Siapa berisiko mendapat kanser payudara?

Setiap wanita adalah berisiko mendapat kanser payudara. 99 dari 100 kes kanser payudara adalah dari kalangan wanita. Faktor risiko untuk membentuk kanser payudara adalah umur, riwayat keluarga, melahirkan anak, riwayat pusingan haid dan bentuk badan. Berikut ialah jadual faktor risiko kanser payudara dari Kementerian Kesihatan:

Pengesanan awal adalah kunci awal rawatan Berikut adalah tanda-tanda wujudnya kanser payudara:

  1. Benjolan di payudara
  2. Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  3. Perubahan di permukaan kulit payudara
  4. Kulit payudara berlekuk atau berkerut
  5. Pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting payudara
  6. Ruam pada puting payudara atau kawasan sekelilingnya
  7. Puting payudara tertarik ke dalam
  8. Bengkak pada bahagian atas lengan
  9. Benjolan di ketiak

Untuk memudahkan anda menyimpan untuk rujukan, berikut ialah tan kanser payudara dari Kementerian Kesihatan bergambar:


Akhir kata

Penyakit kanser payudara merupakan penyakit yang amat dibimbangi oleh kaum wanita, sama ada sudah berkahwin ataupun belum. Oleh itu, lakukan pemeriksaan payudara sekali seminggu dan sekiranya ada tanda-tanda awal dikesan, cepat berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Ramai wanita tidak memeriksa payudara mereka sendiri, dan ada pula tidak tahu apa yang perlu dikesan. Semua wanita berusia 20 tahun ke atas perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

Selain itu, amalkan pemakanan yang sihat, dan kurangkan stress. Banyakkan berdoa pada Allah SWT agar kesihatan kita sempurna dan semoga hidup kita bermanfaat. Insya-Allah.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: