Ini Adalah Balasan Orang Yang Suka Berhutang Tetapi Tidak Pernah Membayar Hutangnya
Di dalam kehidupan seharian, setiap manusia tidak akan terlepas daripada masalah hutang. Baik daripada hutang rakan-rakan, pendidikan, perumahan dan perubatan, hutang ini seperti sudah menjadi seperti sebuah perkara yang norma di dalam kehidupan masyarakat.
Apakah hukum berhutang dalam Islam?
Ada setengah berhutang yang menjadi satu keperluan seperti membeli rumah kediaman sebagai tempat berlindung dan kereta untuk memudahkan pergerakan. Apakah hukum bagi perkara yang menjadi keperluan sebegini?
Hutang asal berhutang adalah harus di dalam Islam, ia berdasarkan keharusan yang disebut oleh Allah swt dalam ayat 282 yang ertinya :
“Wahai orang yang beriman, apabila kamu berbelian secara hutang yang ditentukan pembayaran (atau penghantaran) pada suatu tarikh tertentu, hendaklah kamu menulisnya…” (Al-Baqarah 282)
Bersumber dari ayat ini jelas menunjukkan Allah swt mengiktiraf penjualan secara hutang dan termasuk juga pembelian secara berhutang dengan syarat ia ditulis bagi mengelakkan kelupaan atau penipuan. Para ulama Islam majoritinya bersetuju bahawa menulis dokumen hutang itu tidaklah sampai ke tahap wajib namun sunat sahaja. Pun begitu, di zaman kita yang banyaknya berlaku penipuan dan kelupaan secara sengaja, dokumen bertulis yang ditandatangani kedua pihak adalah paling baik khususnya melibatkan jumlah yang besar.
Meskipun berhutang itu dibolehkan, namun Islam telah menyeru supanya umatnya agar menghindari hutang sebaik mungkin sekiranya mampu membelinya secara tunai.
Menurut Rasululah SAW, hutang itu dapat menimbulkan pengaruh buruk dan bencana bagi mereka yang berhutang di dunia dan di akhirat, antaranya:
1. Hutang merupakan penyebab kesedihan pada waktu malam dan kehinaan pada siang hari.
2. Hutang dapat merosakkan akhlak di mana ianya dapat menjadi orang yang suka berhutang akan berdusta dan memungkiri janji ketika mahu melunaskan hutang mereka.
Sabda Rasulullah SAW,
“Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.” (HR. Al-Bukhari).
3. Hutang yang dibawa mati tidak akan diampuni oleh Allah SWT pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW,
“Semua dosa orang yang mati syahid Akan diampuni (oleh Allah), kecuali hutangnya.” (HR. Muslim III/1502 no.1886, dari jalan Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu).
Dan juga berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah pernah berdiri di tengah-tengah para sahabat, lalu Beliau mengingatkan mereka bahwa Jihad di jalan Allah dan iman kepada-Nya adalah amalan yang paling afdhol (utama). Kemudian berdirilah seorang sahabat, lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku gugur di jalan Allah, apakah dosa-dosaku akan terhapus dariku?” Maka jawab Rasulullah shallallahu alaihi wasallam kepadanya: “Ya, jika engkau gugur di jalan Allah dalam keadaan sabar mengharapkan pahala, maju pantang melarikan diri.” Kemudian Rasulullah bersabda: “Kecuali hutang (tidak akan diampuni/dihapuskan oleh Allah, pent), karena sesungguhnya Jibril ’alaihissalam menyampaikan hal itu kepadaku.” (HR. Muslim III/1501 no: 1885, At-Tirmidzi IV/412 no:1712, dan an-Nasa’i VI: 34 no.3157. dan di-shahih-kan oleh syaikh Al-Albani dalam Irwa-ul Ghalil no: 1197).