Makan

10 Port Makan Famous Di Shah Alam Mesti Cuba. Dekat Je

Sesekali singgah jalan-jalan ke Shah Alam memang menarik. Selain kawasannya yang tenang untuk beriadah bersama keluarga, ia sememangnya lubuk makanan.

Oleh kerana ramai pelajar yang menghidupkan kawasan ini, makin banyaklah restoran berkonsep unik dan menarik yang menawarkan hidangan enak. Rambang mata dibuatnya dengan pelbagai jenis menu dari makanan berkonsepkan hipster dan international, daripada hidangan berat hinggalah snek dan pencuci mulut yang unik.

Jom kita teroka beberapa kafe dan restoran menarik di sekitar Shah Alam.

9 TEMPAT MAKAN BEST DI SHAH ALAM. FAMOUS & SEDAP!

1. MEE KETAM KL

Ramai students yang suka menikmati Mee Ketam KL sebab harganya sangat berpatutan. Tahu-tahu sajalah, kadang tu kalau nak makan ketam, takut over budget pula. Tapi dengan harga bawah RM10, anda dah boleh merasa mee ketam yang cukup lazat!

Restoran ini juga mendapat reputasi yang baik kerana pernah disertakan dalam rancangan makanan JJCM, akhbar tempatan dan mendapat liputan banyak media sosial. Mee udang galah pun ada untuk pengunjung cuba. Kalau tak rasa nak makan mee kari, pelanggan juga boleh try ketam atau udang masak cili, kari atau lada hitam.

  • Alamat: Shah Alam (Central) No.11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi : 12.00 tengah hari- 11.00 malam

Foto Kredit: Mee Ketam KL Official FB

2. NASI LEMAK TEPI JALAN 1996

Menu paling special di sini dah tentulah Nasi Lemak Lobster! Selalu kita asyik makan nasi lemak dengan telur, ayam, kerang atau sambal sotong, apa kata ubah angin dan cuba pula nasi lemak udang galah. Memang cukup besar udang galah yang disiram dengan kuah cheezy istimewa.

Menu lain yang popular di sini termasuk nasi lemak ketam nipah dan nasi lemak sotong bakar. Nasi lemak ayam berempah pun ada. Anda juga boleh tambah lauk seperti sambal kerang, sambal petai dan rendang ayam.

  • Alamat : 29 Jalan Setia Utama AR U13/AR, Setia Alam,
  • Waku Operasi : 12.00 tengah hari hingga 2.00 pagi.

Foto Kredit: Nasi Lemak Tepi Jalan 1996 Official FB

3. KEDAI NASI JJ KAK WOK

Kedai Nasi JJ Kak Wok memang cukup terkenal di Shah Alam. Apa yang menarik di sini adalah hidangan lauk pauk khas yang dimasak dengan gaya Kelantan yang tersendiri.

Harganya memang murah. Dengan harga hidangan nasi berlauk RM5 pun puas hati dapat makan sampai kenyang. Patutlah ramai yang sanggup beratur untuk makan di kedai ini. Gabungan cukup ringkas kuah gulai yang cukup berperisa dan pilihan lauk ikan tongkol atau ayam memang kena dengan selera orang ramai.

  • Alamat : Kedai Nasi JJ, 50, Jalan Opera JU2/J,TTDI Jaya, Shah Alam
  • Waktu Operasi : Isnin – Jumaat : 8.30 pagi hingga 6.00 petang, Sabtu & Ahad : 8.30 pagi hingga 3.00 petang

4. D KAYANGAN STEAMBOAT

Sesekali nak pekena steamboat yang murah dan sedap, bolehlah ajak satu famili ke D Kayangan Steamboat. Di sini menggunakan konsep buffet ‘All You Can Eat’, ala-ala Seoul Garden gitu.

Antara menu yang disediakan adalah 12 jenis seafood segar, 24 jenis perapan ayam, ikan, daging dan kambing serta pelbagai pilihan yong tau foo untuk anda pilih. Sup dia macam biasalah, boleh pilih sup biasa atau tom yam.

Selain itu, ada jugalah dessert untuk sejukkan tekak yang budak-budak confirm suka contohnya macam aiskrim, kek, ABC dan sebagainya.

Apa yang menarik, dekat sini ada kemudahan surau yang selesa. Jadi ibu ayah yang bawa anak-anak tu tak perlu terkejar-kejar nak makan. Masuk waktu boleh solat dulu dan sambung makan semula sampai kenyang. Nak parking pun senang, ada banyak ruang tak pening kepala.

Harganya di sini lain-lain ikut hari. Kalau hari cuti, mahallah sikit. Di bawah ini senarai harga per head.

  • Isnin-Khamis: Dewasa RM 29.90, Kanak-kanak RM 12.50
  • Jumaat-Ahad, Termasuk Cuti Umum: Dewasa RM33.00, Kanak-kanak RM 18.00
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun : PERCUMA
  • Alamat: Sri Acappella Servis Apartment, Restauran D’Kayangan, No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13, Shah Alam
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat : 5 petang hingga 12 malam, Sabtu : 5.00 petang pagi hingga 1.00 pagi, Ahad : 12.00 tengah hari hingga 1.00 pagi

Foto Kredit: D Kayangan Steamboat Official FB

5. NASI BUKIT PADANG JAWA

Restoran ini memang cukup sinonim dengan pelajar-pelajar UiTM Shah Alam. Mana tidaknya, portion setiap hidangan memang cukup banyak, sampai membukit nasi! Memang sesuai untuk dikongsi dua ke empat orang. Harganya pula memang cukup murah, standard dalam RM5-RM7 untuk pelbagai jenis nasi goreng.

Selain hidangan seperti nasi goreng, pelanggan juga boleh memesan nasi ayam penyet, nasi ayam dan set nasi kambing yang tak kurang hebatnya.

  • Alamat : 22, Jalan Mat Raji, Taman Baru, 40200 Shah Alam.
  • Waktu Operasi : 5:00 p.m – 12:00 a.m

6. CHEMISTRY CAFE + LAB

Chemistry Cafe + Lab merupakan antara kafe yang mendapat perhatian ramai sewaktu pertama kali diperkenalkan dahulu kerana konsepnya yang lain daripada lain. Penggunaan radas makmal seperti ‘test tube’ dan ‘conical flask’ pada hiasan deko dan menu yang dihidangkan pasti mengimbau semula kenangan anda di makmal kimia sekolah dulu. Menunya juga dihidangkan menggunakan radas makmal seperti seperti bikar dan syringe.

Hidangannya pula bertemakan western seperti pasta dan pizza. Pilihan pencuci mulutnya juga cukup menyelerakan seperti waffle dengan aiskrim serta pavlova. Mana kaki selfie tu memang rugi kalau tak bergambar dekat sini!

  • Alamat: 26 Jalan Kristal J7/J Seksyen 7, 40000 Shah Alam
  • Waktu operasi: Isnin – Khamis : 12 tengahari hingga 1 pagi, Jumaat : 3 petang hingga 1 pagi, Sabtu & Ahad : 10 pagi hingga 2 pagi

7. UNCLE CRAB

Shah Alam pun ada restoran dengan konsep shellout iaitu makanan laut yang dilambakkan atas meja. Portionnya memang cukup sesuai untuk dinikmati beramai-ramai dengan kawan-kawan atau seisi keluarga. Pengunjung boleh pilih antara sos seperti garlic butter, sos berempah seperti ‘uncle spices’ atau sos lada hitam. Restoran ini turut menghidangkan sajian makanan laut istimewa seperti sotong masak telur masin, sup ketam nipah dan chilli crab.

  • Alamat : No. 7, Jalan Boling Padang G13/G, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
  • Waktu Operasi : Selasa – Jumaat : 12.oo tengah hari hingga 11.00 malam, Sabtu & Ahad : 1.00 petang hingga 12.00 malam. Ditutup pada setiap Isnin.

8. CAKE JALAN TIUNG

Antara tempat kegemaran orang Shah Alam untuk menikmati kek semestinya di Cake Jalan Tiung. Rata-rata ramai yang kata kek Jalan TIung ni lain daripada kek biasa sebab ianya fresh from oven, rasa yang homemade, tak manis sangat dan hiasannya pun cantik. Antara kek yang mendapat sambutan ramai termasuk ‘Salted Caramel Chocolate Cake’, pavlova, cream puff, cupcakes, dan cookies.

Pemilik kafe ini pula suka mencuba resepi baru dan sering menghidangkan menu kek dengan perisa unik setiap beberapa minggu untuk para pelanggan cuba. Hiasan dalamannya juga amat selesa unik untuk pengunjung bergambar.

  • Alamat: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
  • Waktu operasi: Rabu – Ahad, 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.

Foto Kredit: Cake Jalan Tiung Official FB

9. HOLY SMOKE CAFE

Kafe Holysmoke juga merupakan antara kafe yang menawarkan suasana yang serba unik. Kafe yang berkonsepkan retro moden dengan hiasan dalam berwarna warni membawa anda kembali ke era 60 ke 70an. Hiasan yang menarik perhatian di kafe ini termasuk motosikal Harley Davidson dan Jukebox muzik yang antik.

Kafe ini menawarkan hidangan western yang menarik seperti pasta, steak dan burger. Mee bandung dan waffle ice cream adalah antara menu favourite di sini.

Kalau nak tahu, kumpulan Kpop GOT7 pun pernah shooting muzik video dekat sini tau. Sesuai dengan namanya, kafe ini juga menyediakan shisha dan cigar. Tapi tak tahulah kan sejak Kementerian Kesihatan larang rokok di tempat awam nanti macam mana pula.

  • Alamat: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
  • Waktu operasi: Isnin – Khamis : 12 tengahari hingga 3 petang, Jumaat : 5.30 petang hingga 11 malam Sabtu & Ahad : 3 petang hingga 11 malam

Foto Kredit: Holy Smoke Cafe Official FB

10. POLPERRO STEAK HOUSE

Agak-agak tengah rasa lapar tu baguslah kalau berkunjung ke sini. Boleh pekena kambing golek, ayam golek, dan macam-macam jenis steak lah. Memang sesuai bagi yang suka makan daging. Kalau ada promosi, boleh dapat harga yang murah. Jadi kena rajin stalk FB dan IG mereka.

  • Alamat: Seksyen 7, Shah Alam
  • Waktu operasi: Setiap hari bermula jam 5.00 petang hingga 12 malam

MACAM-MACAM ADA!

Anda pasti tidak akan jemu food hunting di Shah Alam. Lebih-lebih dengan lambakan kafe western yang cukup menarik, Shah Alam pasti menjadi port yang sesuai untuk lepak bersama kawan dan keluarga sambil mencuba hidangan yang serba unik. Bermacam-macam konsep restoran dan menu yang pengunjung boleh cuba dari menu western hipster ke hidangan nasi yang menyelerakan.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: