Cara Buat Telur Dadar Thai Viral

Tak Payah Bayar RM13, Ini Cara Buat Telur Dadar Thai Viral Versi Paling Menjadi & Gebu!

Nampaknya, makanan yang menjadi dambaan ramai khususnya rakyat Malaysia iaitu telur dadar menjadi viral sekali lagi. Kali ini, telur dadar Thai menjadi sebutan dan rupanya ramai dalam kalangan kita baru tahu bahawa cara masak dan makan telur dadar Thai ini sedikit berbeza.

Mungkin ada yang telah mencuba beberapa kali tapi tidak menjadi seperti apa yang diinginkan tetapi jangan risau kerana ada perkongsian resepi yang anda boleh cuba. Tak sangka, menu wajib setiap kali hujung bulan telah diangkat menjadi salah satu menu eksklusif!

CARA BUAT TELUR DADAR THAI VIRAL, KALI INI PASTI MENJADI!

Masih viral THAI OMELETTE jadi kita try buat. Kena try baru tahu sedap atau tak.

Bahan-bahan:

-3 biji telur A

-7 ekor udang cuci bersih

-Segenggam daun thai basil *

-Daun bawang *

-Cili padi Hijau *

-Cili padi merah *

-Bawang rose hiris (Bawang lain tak mau)

–Sos ikan brand Tiparos

-Garam (saya tak letak)

-Serbuk perasa 2 jenis (make sure pakai yang ada brand)

-Gula perang jangan gula putih

Cara-cara:

1.Hiris semua bahan bertanda * masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain pukul hingga rata dan sebati.

2.Goreng menggunakan minyak baru. Wajib minyak baru setiap omelette. Dah siap , dressingkan dengan taugeh.

Cara buat PRIK NAM PLA

1. Cincang bawang putih 5 ulas dan cili mengikut kepedasan masing-masing.

2. Sos ikan (agak-agak tenggelamkan bahan cincang)

3. Sedikit sos golden mountain

4. Perah asam limau

5. Gula thai/ gula somtam satu sudu, kacau-kacau, SIAP!

*Sedapnya dimakan bersama nasi putih panas atau hanya diratah begitu sahaja bukan? Untuk anda yang nak mencuba, jangan lupa untuk guna taugeh dari negeri masing-masing ya! Kalau nak berjimat, tak perlulah letak udang tersebut…

Sumber: Rozmaliza Omar

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: